Oh my hormones..oh my ovaries sihatlah engkau sampai jumpa mr sperms erk, hari ini mood tak berapa rajin tapi bolehlah setakat nak menaip sambil gigit ayam goreng yang aku akan berpisah mulai minggu depan uhuks. Hari sabtu yang lepas aku ke klinik W.Y. Ko Specialist Maternity & Gynaecology Centre di beserah, kuantan, agak jauh dari office aku tapi atas sebab musabab yang penting terpaksa lah mengagahkan diri ke sana menunggang jilapah.
Sampai di klinik ini wow terkejut kokoro beta tengok ramai betul ibu-ibu mengandung dalam klinik , aku pun pergi je la daftar dan lepas itu nurse cakap kene tunggu ada sebelas orang lagi erk sabar je la. So aku dengan muka ala-ala doremon pergi duduk celah-celah ibu mengandung sambil buat muka keras *sebenarnya tak nak bercakap dengan mak-mak labu tu nanti diorang ingat aku mengandung*, Tunggu punya tunggu sampai la giliran orang tu , jadi aku masuk lah berjemaah jumpa doctor yang di khabarkan tersohor sangat di kuantan ini bab-bab sakit puan.
Bincang punya bincang aku pun cakap lah dekat doctor
Aku : doctor saya ada problem dengan period saya
Doctor : problem apa?
Aku : saya period satu bulan dua kali lah dan kadang-kadang bulan sampai 15hari++
Doctor : hormon problem ni !
Aku : tapi doctor saya risau lah takut-takut ada something dalam ini *sambil tunjuk rahim sendiri*
Doctor : Tak, i rasa you problem with hormon
Aku *tak berhenti-henti bebel pasal rahim aku maybe ade problem kot apa apalah* Akhirnya doctor pun mengalah suruh aku naik di tempat biasa ibu-ibu mengandung scan baby dalam perut ahahahahhahaha aku masa ini teruja gila nak tengok apa yang ada dalam perut aku boleh?
Kesimpulannya doctor cakap problem aku ialah hormon tidak stabil, dia tunjuk rahim aku cantik tiada fibroid atau cyst dan tidak sekali-sekali ada baby ok, cisss suami pun tak ada tetiba nak ada anak panda dalam perut memang tak lah kan. Doctor cakap hormon aku tak stabil di sebabkan stress dan juga berat badan yang turun naik jadi dia suggestkan aku kawal pola pemakanan aku dan kawal tahap stress aku.
Hormon ini aku tak tahu celah mana benda ini wujud tapi yang pastinya aku rasa doctor betul pasal berat badan aku yang tak seimbang ini, sekejap aku makan dengan banyak selepas itu sekejap aku rasa nak diet lah tapi diet itu ialah diet yang tidak berapa sihat. Aku pun tak sangka ia akan mempengaruhi hormon aku yang biasanya gila nak berlaki je.
Bab yang stress itu aku rasa aku betul-betul kena kawal sebab stress di tempat kerja juga adalah satu punca , tidak cukup tidur sebab online sampai pagi pun salah satu sebab errr biasa lah kan orang takde suami memang macam ni, malam-malam tiada apa nak buat lepas solat dan mengaji aku mengadap la cerita-cerita jepun atau anime tapi itulah bila dah tengok tak mungkin nak stop tengah jalan so teruskan sampai pagi ehehehehe.
Oleh sebab itu aku ambil keputusan untuk online sampai pagi hari sabtu malam sahaja bermula minggu ini, hari-hari biasa aku akan tidur awal iaitu dalam pukul 10.00 dan aku juga dah order candle untuk relief stress dari online shop
Palsy Walsy Candles sementara nak tunggu candle dari bath & body works sampai, perisa vanilla bean marshmallow ialah kesukaan aku jadi order yang besar satu sebab tak tahu bila turun kl.
Aku juga cuba kawal permakanan aku sekarang jadi kena stopkan aktiviti makan di cafe-cafe hipster dekat kuantan uhuks , aku dah start bawak bekal pergi kerja, makan supplemen shaklee dengan teratur dan minum juice detox selain itu makan roti wholegrain untuk sarapan pagi. Macam tak percaya yang aku nak berubahkan tapi nak buat macam mana suara doctor w.y ko terbunyi pulak kat otak aku "ingat kawal makan dan jangan stress" jadi aku pun mengambil keputusan drastik ini untuk cuba berubah agar 2016 aku lebih bahagia dan sihat. Okbai
P/S : Sekarang dah mulakan hobi baru dengan mengambil masa sepuluh minit ke dua puluh minit menari ikut video Mina Young *merecik peluh*