Monday, March 28, 2016

BOGUM



Hoi mummy panda jadi sasaeng fan dengan camera yang tak berapa nak power tu ! pergi masak lah jangan kacau ai nak berehat ni sambil makan kuaci nyamnyam nyaman. Haipp semua nama aku Bogum *aku tak suka nama ni stupidos betul mummy panda* bagi lah nama yang best contoh macam zayn malik or vernon baru nampak kacak dan sasa. Aku budak baru yang di pindahkan untuk tinggal dekat rumah ini atas sebab nak menjodohkan aku dengan anak dara yang moncet kepunyaan mummy panda.


Rumah orang bujang  biasalah bersepah , aku tak tinggal sekali dengan bini aku si gucci tu sebab mummy panda cakap dia ganas , kuat makan dan pervert aka sangat byuntae seram pulak aku . So aku menginaplah di villa 1 tingkat yang cantik ni bertemankan kuaci aku *apa tengok-tengok syuuh syuuh*

 Oh nyaman nye tinggal berseorang di sini di temani kuaci yang banyak dan lobak potong * terima kasih mummy panda..zzz*  biasanya aku akan tidur di sliding takpun dalam roda tapi aku kena hati-hati tidur dalam roda kalau si mummy panda datang masa aku tengah tidur dia akan pusing roda tu sampai aku pening lepas tu gelak kalah pontianak ! habis sakit badan aku ni *sobsobsobsobsobbbbbbs kesian betul dekat aku*

Apalah orang tidur pun dia snap gambar...ikan hangusssss ! pergi masak sana mummy panda !

 Rasa macam baru terlelap bangun tidur dah nak malam rupanya ok makan dulu homnooom.

Rasa macam ada orang mengintai lah hurmmm takde kerja betul lah mummy panda ni *privacy privacy mana* 

Aku suka tinggal dengan mummy panda sebab dia setiap hari bagi aku kuaci dan sekarang musim panas dia kongsi makan tembikai dengan aku *sweet sangat* kadang-kadang dia letak aku dalam rumah si gucci moncet anak dara kesayangannya dengan harapan aku dapat buat si gucci mengandung erkkk pemikiran orang tua kolot si mummy panda  asal bersama je kena mengandung , aku ni seram tau nak cium gucci pun takut ! badan dia dua kali ganda besar dari aku uhukkks pengsan aku nanti kena gusti dengan anak dara dia ! aku berjiran dengan ada sorang mamat aka winter white next door , nama dia pororong tapi dia macam suka bersendirian aku say hallo dia buat tak tahu jer tapi mummy panda sayang dia selalu pergi kacau dia tidur lepas tu melalak dengan pororong, aku ni takut kalau mummy panda  datang sebab kalau angin gil  dia masuk dalam badan contoh macam gambar kat atas lah celik mata je ko akan nampak mummy panda tercongok depan rumah kau sambil panggil nama kau dalam slow motion seram wehh tapi  yelah walau apa pun dia tetap mummy panda yang bagi aku makan setiap hari wa caya sama lu mummy ! wuhuuuu *baling kuaci*










P/S : mummy panda dalam misi mencari spesis hamster white campbell tapi tak jumpa lagi di kuantan wakakakah padan muka dia.

Sunday, March 27, 2016

TANJUNG LAUNDRY CAFE - KUANTAN

EXO'Luxion in Seoul 2015  DVD
Yaay sabtu ! dua hari untuk bertemu janji dengan lappy yang kacak. Aku suka sangat bila sabtu cuti ! sebab hari jumaat malam sampai sabtu malam sampai ke pagi ahadlah melekat depan lappy mengadap anak-anak ikan hukhuk baru ada masa nak layan dvd concert exokidos biasa sibuk mengadap anime dan youth over flowers so minggu ni hantu exo dah balik wuuhhu.

Petang ingat nak tidur sebab nak qadar balik tido yang tak cukup uhukkks tapi mummy ajak keluar pergi beli barang dapur lepas tu macam biasa mummy tanya nak makan dekat mana? serious lah soalan ni memang berhantu kot hahahha , kebetulan satu jalan nak balik rumah so singgah di @TANJUNG LAUNDRY CAFE senang je turun jambatan tanjung lumpur terus masuk dekat bangunan baru mengadap hospital kpj yang belum buka tu wahh banyak jugak kedai dengan cafe di sini ! nampak cafe cengkerang tapi abaikan next time kita pergi sana melantak seafood mr crab and the gang dan roti titab.

Cafe dan dobi layan diri rasanya yang pertama kot dekat kuantan biasanya dobi layan diri je tak pernah pulak nampak ada cafe tapi aku datang sini bukan nak basuh baju hoii tapi nak melantak ahahahahahaha sebab adik beruang tetiba nak ternak lemak makan kek so kita layankan lah selera perut beruang tu.

Masa kami pergi tak ramai orang so papa pun macam pelik betul ke ada cafe lama juga nak tunggu dia masuk ke dalam , aku awal-awal dah pergi melawat kek yang ada *berjoget riang lelemak di badan*

Masuk dalam nak order kek tapi terorder makanan lain uhuks  sebab banyak pilihan kek di sini dengan puding dan ice-cream pun hadooo.


Ada cookies dan macaroons lepas tu ada juga air soda zaman dulu kala , aku order satu ice-cream soda + asam boi untuk mummy.


Roti telur goyang dan kopi o untuk papa..

 Puding roti dengan ice-cream sedap ini mummy punya *aku pertama kali makan memang sedak* , aku dan adik beruang kongsi mango cheesecake kula cakes wahaaa kat sini pun ada kek faveret aku.

Aku dengan adik beruang kongsi order air youtella sedap hoiiii.


Kami ada order spaghetti bolognese sebab mummy cakap nak try dan mummy jugak cakap sedap bila aku tanya siapa lagi sedap aku ke cafe ni? mummy tak tau nak pilih ceeehh mesti sedap la tu. Kami beli pops malaya ice-cream sebelum balik nampak macam sedap kan ! ada duit semua boleh beli kalau dah malas kan. Keseluruhannya semua yang cafe ni sediakan amatlah menarik kalau nak tunggu baju siap boleh minum makan sambil sembang lebat dalam cafe ini dan harga makanan di sini agak murah my mom pun terkejut takde lah macam standard cafe hipster, sangat sedap dan berbaloi ceeewah mummy aku komen kemain.










P/S : Adik beruang cakap kami kena start diet tapi kalau asyik buat lawatan dekat semua cafe baru bukak dekat kuantan ni acaner nak diet..uhukkk


Friday, March 25, 2016

DAE BAK CAFE - KUANTAN

Hari ahad yang lemau last week aku aka tamako inada , si fatcat dan si risley law keluar berjimba secara berjemaah ke star city di beserah dengan membawa hajat di perut nak minum secawan kopi sambil sembang lebat sampai petang tapi lepas sampai di dae bak cafe lain jadinya pulak ! memang macam ni lah setiap kali kalau keluar time lemau jadi tunggang terbalik ahahaha.


Kalau dari lampu isyarat depan nirvana beserah memang akan nampak cafe ini di tingkat satu bangunan star city , sila u-turn dan masuk simpang ke star city kalau boleh nampak kedai bakery king's pandang atas akan nampak cafe dae bak. Mula-mula plan nak pergi coffee gallery tapi saje nak cuba cafe orang korea mana tahu jumpa oppa song joongki kat sini ahahaha.







Cantik hiasan dalaman cafe dae bak ini ! masuk dalam tak tahu nak duduk dekat mana sebab semua meja macam best je kan , lepas tu tengok meja kerusi tinggi tapi kalau aku dah moncet macam tamako inada macam mana nak panjat naik nanti kang tergolek terus atas lantai baik aku duduk di meja biasa jer uhukkk.




Kami order green tea latte , citron honey soda dan pomegranate lemon soda *ntah betul ke tak nama minuman ni memandai je aku* nampak tak kopi habuk pun takde kan? sebab dah tergoda nampak yujacha ! sedap weh aku pernah tengok geng 2D1N buat citron honey memang sedap tapi buat dengan tea panas lagi sedap uhukk. Lepas tu kami order seketul kecik waffel original topping nutella  uhukkkk sedih tak cukup makan sebab kecik sangat ! kalau korang ialah spesis pelahap anak beranak saka jangan order waffel ini ok nanti dengan pinggan-pinggan korang telan. Keseluruhannya aku suka lah dae bak cafe ini owner dia baik walaupun tak pandai cakap melayu , korang boleh ambil masa untuk order apa yang korang suka.










P/S : Ingatkan lepak sini boleh lah jumpa oppa-oppa kacak bersinar hampeh hanya kami jer krikk krikk bertiga sedehhh

Wednesday, March 23, 2016

JUNGPAL


Hai *lambai-lambai dengan ekor* nama aku jungpal si kucing jalanan yang singgah di rumah mummy panda dan akhirnya menjadi penduduk tetap dekat rumah dia. Pada mulanya mummy panda tak peduli aku pun yang mengemis makanan dekat rumah dia sebabnya dia takut nenek atashinchi marah , aku paham sebab ade budak handsome nama hedzry tu ada alahan dengan bulu aku yang bersinar ini tapi pada suatu hari mummy panda dengan malu malu kambing nye isi makanan kucing dalam tupperware  kedai dua ringgit bagi aku makan "dalam hati aku cakap poyo nya mummy panda ni" sebab dia cakap dekat aku makanlah tapi jangan masuk dalam rumah ! eleh macam aku nak sangatkan ! tetapi lama-lama dia bagi aku makan setiap hari lepas tu ajak aku main guling-guling atas lantai , aku? layankan aje sebab aku tengok mummy panda ni dah mula jatuh cinta dengan kekacakkan aku yang tak ada dengan kucing mana-mana di luar sana terutamanya si hamdan karipuley tu ! puiiih.

Nama jungpal tu si mummy panda bagi lepas aku dengar dia dengan si adik beruang dia berbincang sambil gelak kejam siot je !

mummy panda : aku suka nama olivia lah tapi *sambil check kemaluan aku*

adik beruang : jantan lah ! ceh nak panggil nama apa dia ni? muka macam gangster *sebab aku buat muka tak puas hati*

mummy panda : entah lah bosan pulak tengok dia ni *sambil golekkan aku atas lantai ! kuang hajo*
dia ni hudoh tapi handsome *lepas tu mummy panda gelak menyeringai macam pontianak*

last-last dia bagi aku nama jungpal watak dari drama korea REPLY 1988 boleh macam tu?

lepas tu setiap hari  + jam + minit + saat duk panggil aku junggggggg palllllll

si nenek atashinchi pulak panggil aku jungballllll

jadah haram semua ini !

aku terpaksa terima semua nya dengan hati yang luluh.

Aku sekarang dah dapat pelepasan dari nenek atashinchi untuk duduk sekali dengan geng guinea pig dan hamster tapi kan aku tidur dalam bekas pink tu kalau mummy panda ada je , dia takde aku malam-malam pergi clubbing beb tidur dekat beranda depan rumah dia. Tak hingin aku tidur dengan geng guinea pig dengan hamster tu bising siot ! geng hamster tu aku tengok asyik main roda tapi tak kurus-kurus pun lepas tu geng guinea pig tu asyik makan ! takde makanan bising ! siap terbalikkan bekas jer , kadang-kadang aku g acah hulur tangan aku yang gebu dalam sarang diorang ceh ! mengelepur semua HAHAHHAHAHA tu belum aku acah acah gigit lagi. Diorang tu bukan apa jeles tengok aku ni di manja dengan mummy panda yang moncet tu, setiap hari mummy panda balik keje panggil nama aku ! sebelum nak tidur ! sebelum nak pergi kerja ! tengok hebat tak skill mengoda aku ? kalau rasa berminat nak tahu tips dari aku pm ok !


Mummy panda baik sangat dengan aku sampai belikan aku ubat dengan vitamin sejak aku tinggal dekat rumah dia tapi satu je lah aku tak suka ! hanya kawasan tertentu je aku boleh lepak dekat sini hukhuk area dalam rumah tidak di benarkan sedeh beteiii ! teringin jugak aku nak duduk atas perut mummy panda sambil layan drama korea depan tv , ini tak mummy panda kalau datang dekat tempat aku baring usap perut aku lepas tu buat bunyi bising " AAAh comel nye jungpal , aaaAAh geram rasa nak gigit" Hello? mummy panda seram aku dengar ok ! baik ko gigit ayam goreng peha je jangan dok terliur tengok aku sangat ok ! aku ni playboy kawasan rumah kalau kena gigit dengan mummy panda habislah reputasi aku sebagai kucing paling kacak di abad 2016.

Walaupun mummy panda baik dengan aku tapi aku paling tak suka kalau dia peluk aku , sebab kalau dia peluk aku di bukan sekadar peluk tapi dia nak aku mati gamok nya ! dia peluk geram macam nak kenyekkan aku macam kertas A4 lepas tu dia suka acah acah nak cium aku YA AMPUN  tengok bibir macam Takeo Gouda seram lakkkk bergelut aku nak larikan diri dari dia. Mummy panda juga ada satu tabiat pelik setiap kali dia belikan snek makanan aku mesti perisa baru setiap kali pun macam tu kadang-kadang heran jugak aku perisa yang dia beli tu untuk aku makan ke dia makan sebenarnya sebab dia selalu cakap macam ni "jungpallll mumy beli makanan sedap ni mumy tengok perisa dia ada bbq chicken bla bla bla" tercekik tangan hamster aku dengar dia bercerita tahu tak.

DALAM BANYAK-BANYAK KUCING DALAM DUNIA INI HANYA ABANG SAHAJA BOLEH BAHAGIAKAN GADIS-GADIS DI LUAR SANA CHIA..CHIA...CHIA...

Gambar paling di sukai ! terima kasih atuk sayang ! cantik camera phone atuk kalah mummy panda yang handphone nya cikai gambar semua gelap-gelap uhukkk tukar phone la mummy ooooi oooi !



Tujuan aku aka jungpal post entry ini sebab nak bagi amaran aku tak puas hati dengan mummy panda yang sibuk dengan kucing-kucing dalam handphone nye ! macam la kucing dalam neko atsume ni boleh di belai-belai manja no skinship moment orang mat salleh cakap. Sebelum aku delete game ini baik belikan ayam rebus 1 ekor untuk aku setiap hari ! okbye








P/S : mummy panda badan besau macam bumi tapi hati cepat cair macam salji..uhuuuks nak lari dari rumah nak lari !

Monday, March 21, 2016

BON APPETIT - KUANTAN

el trabajo según la paga
(You get what you pay for)


ALOHA ~ ahh tetiba aku ni lepas makan pizza je kot dah pandai cakap hawaii itu belum kalau dapat makan moussaka dari greece lagi confirm boleh tinggal dekat sana terus eekekekeeee. Bon Appetit restoran yang menyediakan makanan western yang sedap lagi menyelerakan lemak-lemak yang ada di perut aku. Perkenalan pertama kami apabila aku sedang track hashtag kuantan di instagram lepas tu opocot terkejut beta tengok ada restoran macam ini dekat kawasan rumah beta , yang kelakar nya aku tak tahu langsung ! biasa bab makan-makan aku paling laju hahahaha jadi dari situ aku ambil keputusan ke bon appetit untuk bermadu asmara dengan lelemaks di perut ahaks.



Bon Appetit ada steak tau nangis beb bila dapat tahu menu mengoda ni tapi tabahkan hati dulu sebab masa plan nak makan dekat sini target utama adalah pizza dan karipap cheese besar dulu kalau sedap aku datang balik makan steak grill dia uhuuks


Restoran yang simple tapi bersih

Pembuka selera sebelum pizza double datang

Soda float tapi kan kalau diorang gunakan vanilla ice-cream lagi sedap *tak suka ice-cream kuning ni*


\
Yang di nantikan muncul dengan seksi nya errm dekat sini korang boleh mix kan bahan-bahan pizza contoh macam yang aku pilih ni hawaiian chicken + bbq chicken *kalau tak salah la beta lupa* satu pizza medium harga RM 14.00 kalau nak extra cheese tambah RM 1.00 waaahaa meletop. Roti pizza dia lembut tak sama macam pizza hut keras biasanya aku kalau makan pizza hut makan inti yang roti bawah dah muak nak makan sebab keras.


dear pizza sudikah menjadi boyfriend saya >.<!!!



Selain pizza , aku ada juga order nasi goreng ayam steak untuk adik beruang dia cakap nak try kan tapi memang sedap kuah steak ayam ni itu belum makan steak daging lagi. Aku juga ada bungkus kan pizza untuk family dekat rumah dan karipap cheese besar *tak tahu nama betul* makan dekat rumah sebab kami dah tak boleh makan lagi perut nyaris meletup terlampau kenyang ! di ulang pizza size medium di sini sudah cukup buatkan anda kenyang.




hasil tangkapan di Bon Appetit



Aku tangkap balik pizza peperoni dengan karipap besar inti daging sebab papa tak makan ayam , Karipap besar ni macam pai ayam ! inti dalam ada daging cincang + mushroom + lada + cheese apa lagi tak tahu lah tapi memang sedap makan panas panas ok. Kesudahannya memang boleh lepak lagi di sini di lain hari di lain waktu yang akan datang mungkin sambut birthday papa dengan mama di sini.









P/S : Masa makan di sini si hedzry tidur atas bahu aku sambil berdengkur , janji datang sini dah kira okay anak saudara aku tu makan belakang kira..ish

Sunday, March 20, 2016

KEEM_BAHP

In three words i can sum up everything,
i've learned about life : it goes on
- Robert Frost-
Akhirnya gigih kan lelemak yang ada di jari jemari bukak laptop hari ni chakkk nampak abang SJK alahai kacak sungguh laptop aku ni rasa nak lempar keluar tingkap. Entah semangat spesis apa menyeru ahaks rasanya dah lama asyik bertapa atas katil tidur setiap malam kan tanpa buat apa-apa so hari ini semangat tu datang tanpa di jemput pun *tepuk tepuk bahu sendiri* . Kelendar bulan tiga dah ada marking mc dua hari gara-gara demam panas secara tiba-tiba erggh kalau di ingat balik rasa dah taknak ingat azab jarum yang di suntik di bontot gebu aku ni, nasib lah doctor handsome masa tu *senyum sampai belakang kepala* awal bulan dah kena demam urat bagai kuat betul dugaan Tuhan bagi dekat aku nak suruh insaf setiap hari uhuks.

1 minggu jugak nak baik demam + tonsil + segala urat-urat yang tegang sabor je lah lepas baik ajer terus mengadap ice nonstop teh o beng + green tea ice blended + americano iced hukhukk YA TUHAN tak insaf aku ni. Lepas baik demam mengidam tahap lemak gorilla dah aku ni hari-hari ice padahal sebelum demam aku dalam proses taknak minum ais boleh macam tu. Nasib la TUHAN tak tarik nikmat rasa aku ni kalau tak kurus dah 40kg kan kan sebab tak lalu makan.

Cakap pasal makan kan uhuk uhuk tetiba rasa nak share pasal makanan yang adik beruang kesayangan aku mengidam sangat *aku pun sama je* makanan yang aku nak share ini susah nak cari yang halal di kuantan sebab kebanyakkan nya restoran korea di kuantan non halal , biasa turun kl baru boleh makan jadi bila dah jumpa ada satu kedai di instagram yang jual makanan sedap korea terus order teheee.

KEEM_BAHP kedai online di instagram yang jual makanan korea untuk orang kuantan *meloncat adik beruang sebab dah jumpa tempat memuaskan nafsu makan dia* at least dia dah tak asyik merungut ajak aku turun kl dah lepas ni selamat ahaks , owner keem_bahp ni baik dan peramah paling penting suko abam abam kpop tak sunat wahahahahhaha dan paling best tokey yang peramah lagi pemurah. Kalau order hari ini esok 1.30pm boleh self pickup di cimb depan megamall kuantan senang kan?

Kalau ikutkan nafsu memang semua menu di keem_bahp adik beruang nak order tapi aku suruh dia order mana yang di betul-betul nak makan iaitu yang dia mengidam sesangat sampai berguling seperti seekor beruang atas lantai . So lepas di fikirkan selama 5saat terus order 

teokbukki  = 2 bekas 

kimbap chicken = 1 bekas

japchae + spicy chicken aka ayam kpop = 1set






Ya TUHAN, sedapnya *stress tengok gambar makanan* alhamdulilah semua menu yang kami order menepati citarasa kami , rasanya semua best tak lebih dan tak kurang ! paling sedap teokbukki pedas dengan ayam kpop uhukk kami makan sampai tak ingat dunia nasib baik tak meletop perut sebab pedas sangatkan , japchae aku tak makan sebab ni kegemaran mak aku dia pelahap sampai habis , kimbap dengan teokbukki satu bekas lagi adik beruang makan dengan oppa dia depan tv.

Aku rasa lepas ni nak order bibimbap dengan sundubu plak uhmm *kesat ayaq lioq* rasanya lepas ni kalau rasa mengidam nak makan makanan korea halal di kuantan je boleh terus order dengan owner instagram keem_bhap senangkan tak perlu susahkan diri sendiri nak pergi google restoran halal dekat kuantan  memang langsung tak ada. Boleh order semua menu yang nak makan tapi jangan sampai pecah perut kkkkk ada duit semua boleh beli.










P/S : Lambatnya bulan dec , dah tak sabar nak balik busan aka kampung suami