Sunday, September 13, 2015

GIGIH






B8fast for breakfast & lunch , dah lama melantak di kedai ini dan baru hari ini juga nak up entry gigih sebab makan di B8fast lah aku punya nafsu mengidam saka 3 kuasa 5 punya keturunan dah bangun.Kalau rasa nak try buttermilk chicken rice boleh lah singgah di B8fast , aku dan geng melahap singgah di sini hari tu makan blackpepper chicken dengan buttermilk chicken sedap ! menu lain tak cuba pun tapi masa kami pergi servis di sini lembab gila tapi tak tahu lah sekarang macam mana sebab masa kami pergi sana kedai ini baru je bukak..tehee..tapi kedai dia cute siap ada scooter *jangan naik dik non oiii untuk hiasan jer* cafe hipster ala-ala zaman dulu punya kedai kopi, paling best cawan zaman dulu pun keluar balik macam 7UP dan yang lain2 hanya di b8fast..pakcik and makcik yang rasa rindu zaman muda mudi dulu boleh datang breakfast dengan lunch dekat sini yerk !

Oleh kerana 2 3 hari ni aku mengidam buttermilk chicken jadi aku mengigihkan diri menanyakan resepi dengan encik google, so di bawah aku selitkan resepi campak mencampak margarine milk chicken without butter and fresh milk  *motif pakai majerin sebab lupa beli butter dan aku juga lupa beli fresh milk so pakai low fat milk jer*

RECIPE MARGARINE MILK CHICKEN RECIPE (WITHOUT BUTTER & FRESH MILK)

BAWANG BESAR - 1 LABU

BAWANG PUTIH - 2 ULAS

DAUN KARI - 2 TANGKAI (LAGI BANYAK LAGI WANGI)

SUSU LOW FAT ( KALAU TAKDE FRESH MILK) = 1 MUG

MAJERIN ( KALAU TAKDE BUTTER ) = 2 SUDU

ISI AYAM = SUKA HATI NAK BANYAK MANA

TEPUNG JAGUNG = IKUT KUANTITI AYAM

TELUR AYAM = 1 BIJI

SERBUK KARI = 1 SUDU

GARAM SEDIKIT

SUSU PEKAT MANIS = 1 SUDU








1st gaul kan ayam dengan tepung jagung + telur dan serbuk kari + garam secukup rasa

2nd step goreng ayam tadi sampai golden colour,

3rd tumiskan bahan-bahan seperti majerin + bawang putih + bawang besar di potong kecik-kecik + daun kari sehingga garing

Last masukkan susu low fat tadi dengan susu manis satu sudu, biarkan mendidih dan selepas tu boleh masukkan ayam gaul sekali.

Best makan dengan nasi panas-panas atau dengan roti.yums









P/S : Bukan senang hantu rajin nak masuk dalam badan.






Wednesday, September 9, 2015

JIWA KELAJUAN




Malam yang gila, EURO FUN PARK KUANTAN funfair ni tempat yang kalau boleh aku nak elakkan sebabnya permainan tempat ni seram giles, aku baru habis kursus kawan call ajak pergi berjimba dekat sini, aku terus tolak dengan alasan penat tapi adik kecik aku tu tetiba buat mata bersinar dekat belakang ajak pergi..tsktsk sadis dengan berat hari pergi jugak alahai,


EURO FUN PARK tahun ni buat dekat giant tanah putih, last aku pergi dekat tanjung lumpur lepas tu aku terus taubat taknak pergi dah seram weh ! semua permainan dia kurang selamat bagi aku lah sebab aku fobia tempat tinggi so apa yang aku pijak / naik / or pegang aku rasa gayat and tak selamat.


Tiket masuk untuk dewasa RM 4.00 dan 1 token RM 2.00 mahal ok, semua permainan dekat sini pakai token banyak contoh nye ferris wheel 5 token = RM 10 ringgit  so kami beli 10 token seorang *sungguh tamak haloba* , permainan pertama yang diorang nak main ialah roller coaster 6 token = RM 12.00 ketar lutut aku nak naik benda alah ni sesungguhnya last main dekat genting highland , roller coaster di euro fun ni pelik sedikit sebab 1 rocket boleh ada 4 tempat duduk jadi cukup untuk kami berempat.Kata orang maut jangan di tempah dah sah-sah memang aku mengelepur menjerit naik benda alah ni, aku paling takut penyekat untuk badan aku terbuka sendiri.sobsob turun dari mainan ni terus semua mabuk jalan terhuyung-hayang teruk sungguh.



Permainan kedua, 6 token = RM 12.00 aduhai mabuk aku tak habis lagi yang ni pulak adik aku nak main sangat, aku dari jauh tengok challenger ride ni aku dah nak pitam, aku keep tanya adik ko betul nak naik tapi dia punya excited tahap buaya naik atas pokok , aku dengan roh yang tak berapa kuat dalam badan ni terpaksa dan di paksa naik jujur cakap masa aku pasang seatbelt mainan ni roh aku dah keluar dari badan dan masa challenger ni hayun kiri kanan aku dah separuh mati dekat atas nak terjun turun sebab gayat tahap unta , dengan jiwa kelajuan tak payah cakap lah rasa nak teleport balik rumah. Semua orang menjerit kecuali aku sebab memang jasad aku je yang terbang ke kiri dan ke kanan, turun je dari benda alah ni tahap mabuk aku 5 kuasa 3 aku terus ajak diorang semua balik sebab kepala sakit weng weng.










Dari 8.30 sampai rumah pukul 1 pagi macam tu , hanya aku sahaja yang mabuk and stop main lepas 2 permainan, yang lain main semua permainan tak ingat dunia , aku ajak balik pun taknak sadis betul sampai aku terpaksa bersandar di dinding-dinding kaunter sebab mabuk sampai tahap nak muntah, adik aku siap cakap yang roh aku memang dah balik rumah sebab tu aku jadi teruk.hahahahahha jahanam semua orang.Terus-terang aku cakap yang korang akan habis duit datang funfair ni aku habis dalam RM 60 ringgit macam tu untuk token and tiket masuk..grrrr 







P/S : blacklist semua funfair dalam dunia ini, taubat nasuha.



Tuesday, September 8, 2015

SATOORDAY KITCHEN - KUANTAN



Satoo dooaaa tegaaaa, okay makan lagi kita ! blog ni dah jadi blog jjcm sangat *gelak pontianak*
Satoorday kitchen maksud nya sabtu kot entah aku pun tak tanya owner cafe ni, masa kami pergi menternak lemak di sini cafe ni baru buka dalam satu minggu macam tu, signboard pun tak naik lagi, tapi sebab geng meow mengidam sangat nak datang sini selepas melihat gambar-gambar di instagram cafe ini yang sangat mengoda lelemak dalam perut dua lapisan ini.


Tempat ni susah nak cari kalau tak tahu, aku dan geng meow siap berwaze lagi nak datang sini tau, so kalau nak melepak sini sila waze atau kalau tak tahu terus cari tunas manja berserah / mengadap depan okuan automobil dan volkswagen showroom + JPAM ok.


Ini antara menu yang ada di satoorday kitchen masa kami sampai di sini ,cakes pun tiada lagi sebab cafe ni masih baru lagi buka, geng meow baru ingat nak celebrate birthday ahmoi cantek tapi tak dapek so makan je lah apa yang ada.







Yang menarik tentang satoorday kitchen ialah hiasan dalaman yang sememangnye cantik, so kalau rasa memang hantu selfie bolehlah melepak disini bawak semua anak-beranak saka selfie confirm cantik gambar korang, paling best kalau owner dia tak sibuk dia akan tolong snap gambar untuk korang. Bagi aku owner cafe ni baik sebab dia tolong kami bergedik photo.








Menu di cafe ni sejujur-jujurnya perlu di upgrade lagi sebab memang kurang mengoda.

kami order mee siam / lodeh / nasi lemak ayam / nasi lemak sambal sotong

mocha / coffee latte / chocolatte / jus epal


mee siam  dia rasa macam lontong maybe kalau diasingkan dulu kuah baru ok kot.

lodeh dia rasa macam kuah santan sahaja maybe sedap kalau ditabur bijan or bawang goreng.

nasi lemak ayam + sambal sotong, only sambal je yang sedap, kalau bawak my mom datang sini mesti di bising nasi lemak kering sangat perlu lebih santan.

mocha + latte ok yang ni memang perlu di upgrade , 1st minum mocha + latte rasa macam teh o ais dengan milo o ais je, jus epal di sedap dan nyaman, bukan nak kondem cuma rasanya cafe ni kena betul-betul upgrade dari segi air dan makanannye, harga makanan di sini tak mahal berbaloi kalau datang lepak borak-borak sampai pengsan.

Cuma bagi aku kalau cafe cantik makanannya kurang bernafsu pun tak boleh jugak perlu seimbang.Walaupun cafe ni baru lagi buka, owner kedai ni kena cari satu menu melambangkan cafe itu sendiri macam cafe-cafe hipster yang ada di kuantan ni baru lah awesome.





P/S : dengar cite cafe ni dah ade dessert nyumnyum..






Monday, September 7, 2015

AU REVOIR @ BEANZ & CO.


Acah-acah tajuk dalam french sekali "au revoir" maksudnya adalah goodbye, kalau di ikutkan aku masih lagi beginner yang baru belajar bahasa french ni , satu bab pun tak habis khatam lagi belajar nanti dah pandai sedikit baru boleh nak menaip blog full bahasa french ni *gelak separuh pontianak.




One last farawell di BEANZ & CO. dengan kawan chinese sebelum dia balik belajar ke taiwan semula, 2 bulan terasa cepat berlalu kami sempat berkopi dan teh 3kali sahaja tuptup dia dah nak balik kesana semula, jadi tempat last kami melepak ialah di sini. Dekat sahaja dengan office aku berhadapan perabot englai *tapi kena melintas jalan* , kalau tak silap dulu bangunan ini adalah pejabat pkr di ubahsuai menjadi cafe.

Design dalam and luar BEANZ & CO. ini sangat klasik dan cantik sekali, si fatcat siap nak bawak balik papan pemotong yang di gantung pada dinding dekat luar cafe ini , anda boleh pilih samaada untuk duduk di luar  cafe ataupun di dalam kerana suasana sangat berbeza dari dalam yang ada meja konsep cozy bar english style + ber aircond, di luar pula ala-ala warm and green + angin sepoi-sepoi bahasa nang nyaman,


Minum satu cawan latte percuma anak pokok ! ok tipu jer, suka meja marble black dekat sini sesuai sangat dengar colour dinding and everything. Oleh sebab si fatcat  selesema so kami pilih duduk di luar cafe, si minah taiwan dah bising tak berhenti sebab dia cakap tak cukup sejuk dekat luar , inilah masaalahnye bila dah lama duduk luar negara, asyik nak sejuk jer pastu cakap ada nyamuk lagi haih.


Staff di sini macam vampire dan sangat baik, ko tanya jer kalau menu tak paham confirm diorang bantu, since kami 1st time lepak disini aku pun konfius tengok menu cafe ni, dah la tu buku menu ala-ala belacan dah kertas macam tu je alahai please upgrade sedikit, tapi sebab nak bersangka baik so kami fikir baru bukak so bagi masa..kipidap.


Button sesuka hati / boleh panggil barista kacak datang ambil order and everything *tak boleh bawak balik jangan lebih sangat, korang jangan ulu sangat*




Hajat di hati nak minum coffee latte tapi ada pesakit so kita minum honey lemon , lemon tea and chamomile tea * tea ni sedap and wangi sangat boleh cuba untuk yang tak suka kopi* harga tea and kopi dia sangat murah berbanding cafe-cafe yang aku dah pergi.good






Kami tak tahu nak order makanan apa sebab menu banyak sangat so ayam goreng rangup with popcorn macam chickenchop sedikit gaya jadi pilihan kami sedap ! *actually tak tahu nama betul apa tapi sos tartar dia memang sedap giles tak cukup* dan kami order juga waffle with fresh banana + hazelnut + walnut + ice cream yang ni supper yummy ! portion sangat besar makan 4-5 orang dah cukup tak perlu order banyak-banyak, total semua pun tak sampai RM 50.00 memang berbaloi plus boleh bersembang kencang dekat sini sampai subuh.





P/S : next time lepak sini nak try sembang kencang dekat bar plak sambil minum bear-bear cute.