Saturday, December 31, 2016
NOKTAH 2016
2017 datang dengan pakej cukup lengkap sekali iaitu demam + batuk + sakit tekak dan selesema ! nice lah. Balik dari bercuti dari Seoul , Busan dan Singapore dah hilang ingatan sampai lupa blog cap ayam kfc ni. Mohon bertabahlah ye blog sebab tuan engkau belum habis withdrawl syndrome cuti-cuti suka hati dia lagi.
2016 terima kasih sebab terlebih awesome dari biasa ! walaupun masa depan tak muncul-muncul sebelum 1saat ke 2017 aku pun tak kisah lah ! janji dah dapat balik kampung suami dah cukup happy kkkk.
Nanti kita sambung gosip sambil borak lagi ye blog ! tuan engkau nak layan fancam dengan dokkaebi sampai tahun depan ! okbye.
P/S : Moga 2017 kerajinan tahap cheetah muncul.
Saturday, November 12, 2016
SEMPUT
Bulan sebelas dua ribu enam belas, alahai terlampau busy sampai tak ada masa nak menaip guna keyboard *dah tu ko nak menaip guna apa syaitooooooon*. Eh aku pun tak tahu kenapa aku sibuk sampai semput nak bernafas mungkin sebab nak balik kampung nampyeon awal bulan dua belas nanti. Excited tapi kurang nikmat tidur sebab berjaga malam study balik apa yang patut sebab dah lama tak balik kampung dan satu lagi yang agak merumitkan keadaan ialah bawak pelancong iaitu fatcat si kucing gemok.
Segala urusan berkaitan dengan perjalanan kami di sana aku yang uruskan, si fatcat cuma usap perut je bagi duit ! hampeh. Penat juga buat semua ini kalau pergi dengan adik beruang lagi syiok kot tapi sayangnya trip balik kampung otto ialah dua tahun lagi *bertabahlah ye kento yamazaki*
Nak balik kampung di busan jumpa nampyeon mestilah kena bye-bye dekat lemak di badan sikit al-maklumlah nak kena nampak cantik depan keluarga mertua jadi inilah snek untuk bulan ini sambil ikat lemak-lemak yang ada di tiang eletrik. erkkk.
Sekarang yang tinggal cuma nak pack kain baju balik kampung dengan yutakun ! yahooo
sehingga berjumpa lagi di lain tahun.adios
P/S : banyak entri mereput dalam draft yang tak mampu di siapkan dalam masa yang semput ini uhukkk.
Monday, October 24, 2016
TERBANG HEADQUARTERS - KUANTAN
You can't find anything you want,
Nobody loves you,
Even falling in a discouragement,
Never die..spread your wings...;et's go everybody fly.
Terbang Headquaters mengingatkan aku dekat lagu epik high pulak *tetiba kan. Sebenarnya cafe terbang tiada dalam list untuk aku lawati tetapi sebab budak ofis aku yang cadangkan katanya chicken grill di sini sedap dan kebetulan ada satu malam kami nak menghabiskan masa sebelum midnight movie apalagi aku pun melawat kawasan dengan adik beruang bersama driver tetap risley law kikikiki.
Cafe terbang yang telah di takluki oleh seekor beruang erk, kebetulan aku sampai cuaca macam nak hujan jadi pencahayaan agung tu tak seberapa. Dari jauh nampak semua hitam aih cafe ini biaq betul macam melawat rumah hantu pulak kikikiki. Biasa nampak adik moomin beli baju terbang tapi tak sangka diorang pun buka cafe, bagus tengok anak-anak melayu rajin berusaha.
Masa kami sampai ke sini ramai jugak muda-mudi cina dan melayu sedang melepak, mungkin sebab cafe ini merangkumi butik , bershisha sampai pengsan dan ada studio ? yang mana aku tak berkesempatan nak masuk dalam pun sebab kami pilih duduk di luar nampak macam syiok uhuks.
Pemandangan dari seat kami, warna di cafe ini memang hitam putih kesemuanya dah macam panda pulak. Sekali lagi aku macam lost datang cafe macam ini sebab dekat luar memang bersepah dengan manusia yang hisap shisha *salah masuk parti*. Bayangkan kiri dan kanan engkau asap lalu perghhh memang menyirap pulak menyesal duduk luar tapi dekat dalam tak pasti pulak selamat ke tak jadi redha je la dapat awan nano free uhuhukkkk oppaa.
Malas nak layan awan nano shisha, kita teruskan membaca menu yang agak besau dan tertanjat lemak tengok *dalam otak fikir ngamok ke ape cafe ni*. Jangan terkejut tengok harga menu di cafe terbang ini sebab harganya agak tinggi untuk pasta dan nasi goreng erkk, adik beruang cakap makan nasi goreng dekat sini rasa syurga kot sebab itu mahal erk. Tengok menu semua harga boleh tahan mahal RM 10 ke atas tapi itulah nak rasa chicken grill jadi order satu lepas tu terkelip-kelip mata sekor-sekor sebab tak tahu nak order apa *masa ini menu nasi goreng syurga tak ada habis*
Tekak pengemis ini rasa nak makan wafel, nak juga cuba wafel di sini sedap ke idok al-maklumlah aku ni peminat tegar dessert ini. Wafel di cafe terbang membuatkan aku patah hati sobsobsob rasanya macam kena tinggal dengan kekasih hati tetapi walau sedih dah perit macam mana engkau terpaksa di telan jugak sebab dah order. Kalau tak ada aiskrim tu memang tak termakan lah lemak aku. Si risley law langsung tak sentuh siot jer nasib baiklah adik beruang tolong habiskan. Aku harap mereka di cafe terbang dapat tingkatkan mutu wafel mereka sebab keras sangat nangis usus nak hadam pencuci mulut ini. *terjujur pulak*
Chicken grill dan kentang putar disini agak sedap bagi aku, pertama kali aku jumpa kentang putar yang sangat berkrim sehingga menjilat pisau. Menu burger ikan tu aku boleh cakap yang aku takkan order kalau aku singgah di sini lain kali. *maaf ye sebab terlalu jujur*
Menu air di cafe ini dengan nama yang sangat unik tapi rasanya hmmmm nak balik marikh, kalau nak tahu kena cubalah berbaloi tak dengan harganya uhuks. Kalau aku komen banyak agak-agak owner cafe ni sukadak? nanti cakap aku tak support cafe orang melayu tapi hurm *ala bukannya owner dia baca pun blog aku*. Bab air memang aku bengang tahap nak tampor muka orang dengan lemak perut aku. Aku rasa ada seorang staff perempuan dekat sini kena belajar layan pelanggan dengan berbudi bahasa lagi satu sila tambah 5 sudu gula dalam senyuman anda.
Dari awal aku order teh pudina yang sepatutnya di datangkan dalam teko dan cawan kecil tapi akhirnya yang sampai dua mug besar teh pudina yang diletakkan atas meja aku dengan ganasnya sampai terkeluar separuh teh dalam mug itu. Paling tak kelakar bila aku tanya baik-baik dengan staff di sini dia jawab "teko dah habis" lepas tu buat muka menyampah pergi macam tu jer.
Aku sendiri tak tahu nak rasa marah ke apa dengan spesis macam ini? sampai kami krik krik krikk tahap kuasa lapan berhuhuhu di meja, bagi aku kalau teh pot dah habis cakap baik-baik dengan kami kan senang. Paling ironik nya masa nak bayar bil meja kami di kaunter muka staff perempuan ini lagi tapi dia buat muka "kerek" perrrgh sabar je lah mulut puaka aku ni. Dalam hati cakap *Suka hati kau lah labu, rezeki datangnya dari Allah* jadi aku doakan tiada orang yang senasib terima layanan macam erghh tak tahu nak kata apa dah aiih. Apapun semoga perniagaan cafe ini semakin maju hendaknya huuhuuhuu kipidap don gibap.
P/S : Spesis yang tak cepat melenting tapi mampu baling seekor manusia ke dinding kalau dah melebihi had kesabaran. Majulah melayu untuk negara
Friday, October 21, 2016
JAMAN TORY RESEPI - KUANTAN
Jaman Tory Resepi yang di idamkan sudah pun aku jajahi sempena hari tua ku yang ke blablabla, baik sungguh hati si fatcat dan risley law bawa beta kesini selepas kuciwa tak dapat makan steamboat cheese sobsobsob. Sebenarnya lama dah beta nak mencemar duli di sini tapi itulah selalu pun sibuk dengan hal dunia kan sampai tak cukup kaki nak singgah. Misi utama beta ialah nak merasa nasi goreng cheese terbakor lah sangat tu yang amat popular uhuks.
Bulan lepas ada salah seorang pembaca blog usang beta ini *terharu hulur semangkuk ayam goreng tanda kasih sayang* Amyrul Ruslan banyak bagi cadangan yang lazat untuk lawatan jalan-jalan cari makan beta hahahhaha apapun terima kasih lah yek ! nanti jangan lupa ajak beta pergi berjimba ke kedai kopi mamba bersama barulah syiok. Sesungguhnya beta bukan selalu buat program jjcm ini tapi beta suka tangkap gambar makanan jadi dari dibazirkan beta pun kongsilah diblog tempat yang beta lawati untuk bersatap cewahhh *sejak bila ko jadi anak beranak diraja ni syaitoooon, marah sultan pahang nanti hoii*
Kalau taknak sesat sila guna waze atau hadam baik-baik jalan untuk ke Jaman Tory ini, sebabnya kami ialah pusing-pusing sampai putus asa lepas tu call restoran minta pencerahan sedikit barulah jumpa tempatnya *nama je orang kuantan tapi kawasan i/m ni memang aku failed*. Masa sampai di Jaman Tory Resepi restoran ini bersepah dengan manusia yang sedang sibuk menikmati makanan dan lepak-lepak, aku pula punya teruja siap berlari-lari macam penguin kat tempat parking kereta. Tempat lepak kereta disini amat luas suka hati kau lah nak parking mana pun.
Gambar-gambar diatas ditangkap tak jauh dari meja santapan kami, ada sedikit perasaan macam jakun sebab tak berapa paham konsep restoran ini. Kelihatan dapur memasak diletakkan di bahagian luar restoran dan dari luar hingga ke dalam dan tingkat atas semuanya meja-meja untuk pelanggan. Memang besar jugak lah tempat ini, sayangnya aku tak berkesempatan nak jenguk ke dalam sangat sebab kami duduk di bahagian luar tepi dinding di hiasi lampu lapliplapliplap.
* Scroll jangan tak scroll *
Penantian satu penyiksaan begitulah jua di restoran ini, ada satu staff datang ambil order di meja kami tetapi dengan muka ketat dan tak senyum macam tak nak layan mungkin terlampau penat sebab ramai pelanggan *bersangka baik uhuhu* jadi aku pun jadi hilang mood nak tanya pasal menu-menu hanya order satu menu sahaja iaitu nasi goreng cheese terbakor. Risley law dan fatcat masing-masing pun jadi lost tak tahu nak makan apa so cincai order sambil berhuhuhu. Nasib baik ada seorang staff lagi dengan ramah nya datang bertanya padi kami semua makanan dah sampai belum terus tambah kerang rebus satu untuk menenangkan usus perut.
Mood semakin baik selepas nasi goreng cheese terbakar sampai ke meja terus ambil phone rekod hihihi lupa nak bawak marshmellow datang boleh panggang sekali kan sedap. Walaupun alergik seafood tapi tetap ku gagahi jua mencekik udang dan kerang. Sebenarnya tak sangka pulak ada udang dalam menu ini *batuk batuk* sebenarnya nampak je api marak macam boleh bakar satu reban ayam tetapi tak panas sangat cheese pun tak berapa cair lagi di dalam huah nak nangis. Aku tak pasti kenapa menu ni masin sangat mungkin sebab rencahnya yang dah berperisa diletak pulak cheese di atasnya jadi extra masin. Tips nak makan nasi goreng ini sila gaul sampai habis kalau tak darah tinggi lah lepas makan huaaaaaah nangis.
Menu lain macam kerang rebus , juara char koay teow dan nasi goreng juara sedap di mulut bagi aku, teringin nak try menu ikan patin selain nasi goreng cheese terbakor tu tapi itulah kesok hati sebab layanan yang agak kurang gula tu. Mungkin lain kali bawak mummy dengan papa makan dekat sini sebab ikan patin ialah kegemaran keluarga kami.
P/S : Lebihkan gula dalam senyuman...pasti hidup nang nyaman..lalalalaala
Tuesday, October 18, 2016
SADIS
Dua tiga hari ini asyik terjaga dari tidur sebab tangan kebas dan lenguh tak tahu kenapa, aku jadi musykil sebab tengah syok tidur tersedar tangan macam sakit sangat. Aku bangun lengan aku lenguh bagai lepas itu pergelangan tangan aku pun macam sengal teruk hurrm apeni syaitonnnirojim betul.
Aku pun pening sampai dah terfikir benda karut tahap mencarut dalam kepala, kenapa dengan tangan dengan lengan aku sampai jadi macam itu ini. Oleh sebab itu aku pun ambil keputusan untuk siasat aktiviti paranormal yang terjadi ketika aku sedang tidur. Aku memang nak mencari siapa dalang di sebalik keletihan dan kekebasan yang berlaku pada lengan dan tangan aku ini.
Jadi malam tadi selepas habis menonton menonton japanese drama MARE episod akhir 156 *akhirnya berjaya habiskan juga drama menantu emak nombor lima ini*, aku masuk tidur dengan sopannya sambil berangan ada di dalam dorm nct sampai lena. Dalam pukul dua pagi macam itu aku terjaga sebab lengan dan tangan rasa kebas, aku buka mata terus tengok siapa yang jahat sangat buat macam tu dekat aku perggggh memang menyirap bila aku tengok diri sendiri tindih lengan dan tangan errrk. Patut lah rasa berat dan kebas sokmo rupa-rupanya aku tidur tertindih tangan sendiri sobsobsob rasa nak tampar diri sendiri tapi kesian pulak huaaaaaaah sadis betul.
Sesungguhnya aku memang tak sangka syaitonnnnnirojim itu adalah diri sendiri hoiii, malu rasa tak tahu nak sorok diri sendiri dekat mana sebab semua tempat kecil sangat untuk di sumbat. Konklusi nya jangan fikir bukan-bukan sangat otak weh buat malu dekat hamster je kalau diorang tahu kes ini, konfirm berdekah sekor-sekor gelak dalam sarang diorang kalau tahu mak panda hudoh perangai sangat masa tidur. Padahal katil aku dah saiz queen dan patung yutakun , chenlo dengan yemon tu takde lah besar gedabak sangat hanya aku seorang je yang menakluki katil tapi boleh pulak aku pergi tindih diri sendiri masa tidur memang asfdjgkgjdgflggkpqfgkgk.
OK BYE.
OK BYE.
P/S : mummy cakap tu aku sensorang atas katil ! nanti ade suami camner?? mau mati sesak nafas sang suami kalau aku tidur ganas sangat aaaaaaaaaaaa...
Sunday, October 16, 2016
PENAT
/ Situasi Satu /
Jumpa kawan lama
Kawan lama : eh lama tak jumpa kau ! makin gemok kau sekarang ! dah kahwin belum
Aku : *gelak sentap* biasalah orang happy kan.
Kawan lama : happy tu happy lah tapi aku ni anak dah masuk dua , engkau tu bila lagi nak kahwin?
aku selalu nampak dekat facebook asyik post pergi makan sana sini je sampai bila weh.
Aku : gila ke apa kau tak nak kahwin? ovari aku ni asyik bergetar je tapi bakal suami tak muncul-muncul jugak huhu *gelak makan dalam*
lepas tu dua-dua krikkk krikkk..
/ Situasi Dua /
Pergi kenduri kahwin budak satu kampung selepas dipaksa oleh mummy
Makcik Satu : Dah yang ni bila lagi ni? tengok si beyonce tu (bukan nama sebenar) muda dari mu awal-awal dah kawin
Aku : Jodoh kita tak jatuh dari langit lagi ni , mengidam tu toksoh kira la *gelak sopan dengan muka tahan nak menyumpah sampai nak terkentut-kentut kat dalam badan*
Makcik Dua : Mu jual mahal sangat sebab tu lah, ada orang nak mu reject. Takleh jual mahal sangat kalau dah umur 25 tahun ke atas weh.
Aku : Eh kita kalau ada orang nak sekarang jugak nak naik nikoh ni, tok kadi ada dah atas rumah tu*buat lawak tahap sentap*
Makcik Tiga : Nah (nama manja orang kampung panggil mummy) weh tengok anak mu biroh doh nak berlaki ni. Mu kena derah-derah bagi dia kawin, doh tua kecut dok laku doh nah weh.
Senyum je macam perempuan melayu terakhir.
/ Situasi Tiga /
Tengah masak sarapan dekat dapur dengan mummy ada jiran datang rumah jemput mummy pergi menolong dekat kenduri kahwin anak dara dia buat dua pasangan sekaligus.
Mummy : Mekja dengan Meknor nak kahwin doh..mok dia buat kenduri sekaligus senang , tahun depan Mekyana dengan Mekwa pulok. Muda lagi geng-geng ni cepat bertemu jodoh
Aku : *Tak paham sindiran mak sendiri* ye lah dulu rasa kecik je belake dok main pondok-pondok lagi, sekarang nak kahwin doh
Mummy : senang betul diorang jumpa jodoh * ayat dia makan dalam tembus sampai usus*
Aku : ...................................................................................................................
Kadang-kadang tak tahu dah nak cakap apa, menjawabkan orang cakap tu lah bajet pandai sangat sebab itu sampai sekarang tak kahwin lagi. Tapi bila mummy pun tembak macam tu rasa macam hiba terkesok hati . Semua orang ingat aku nak membujang sampai tua mereput tapi itulah semua orang yang dah kahwin dan dah ada anak beranak berketul-ketul tak pernah nak paham manusia single macam aku ni.
Selalu sahaja aku dengar orang cakap-cakap belakang dan depan muka aku ni tak kira jantan ke betina , tua ke muda huhuhu.
Bajet cantik lah tu gemuk badan macam tong drum.
Konfiden level dia tinggi sangat tu kahkah.
Gemuk tak takut mati la tu, tak reti jaga kesihatan badan.
Dan aku jenis berhuhuhu sahaja sebab penat dengan spesis manusia.
Dapat kahwin tu memang alhamdulilah lah kan tapi itulah spesis macam beruang kutub macam aku ni susah nak jumpa jodoh kot. Biasa lalu depan abam-abam muka tak berapa nak siap macam pm najib tu pun orang tak pandang inikan pulak muka macam abam fattah amin yang playboy tu lagilah dia tak pandang aku ni. Aku kadang-kadang dah malas nak fikir pasal lelaki dan lelaki buat penat otak dan lemak perut je. PENAT !
Bagi aku janji aku happy, kerja dapat gaji bulan-bulan boleh bayar rumah dan kereta selepas itu sara anak-anak bulus aku dah kira ok. Soal jodoh aku serah je pada TUHAN , kalau dia nak aku mereput sampai tua aku dah ready dengan plan pertama aku. Kalau di takdirkan aku kahwin dan tak diberi rezeki dariNYA aku pun dah ready dengan plan kedua. Semuanya aku dan sediakan dengan teliti memikirkan umur yang makin nak mereput tahun demi tahun. Hidup perlu di rancang tapi perjalanan kehidupan bengkok ke lurus ke itu semua kerja yang MAHA ESA.
P/S : tipikal manusia di atas muka bumi yang cantik dan kurus adalah keperluan setiap manusia tapi yang hudoh dan gemuk adalah najis mutawasitah di mata mereka.
Saturday, October 15, 2016
BORDER'S TEA & ICEBERG STATION - KUANTAN
Chew chew chew chewing gum cheww cheww chewwwing gum~ *mood happy*
Bulan october nang nyaman sekali dapat bernafas dan menikmati makanan yang sedap tanpa rasa bersalah berat badan masih tak turun-turun lagi *hilang ingatan*. Bulan sepuluh penuh nikmat dengan kawan ajak makan sana sini tapi kau sendiri bayar walaupun engkau birthday girl kahkahkah siot.
Beberapa minggu yang lepas aku hantar adik beruang ke ECM untuk bergedik dengan oppa-oppa bola dia. Jadi aku sementara aku nak tunggu adik beruang siap bermadu kasih dengan oppa dia kami nak singgah Border's Tea minum sekejap . Tetapi misi utama ialah nak pergi Iceberg sebab nampak post pasal snow ice yang mengecurkan air lioq lemak dalam perut. tehee
Kalau tak tahu pasal Border's Tea punya kedai mesti sampai mereputlah cari Iceberg Station ini. Aku mula pun pening mana tempat salji ni, tapi cari punya cari rupanya satu kedai dengan Border's tea *muka ketat*. Sudah la panas nak cari kedai ni celah-celah chinatown habis cair semua lemak yang ada dalam badan.
Asobaru punya level cari kedai separuh nak hipster di kuantan *eh jangan nak hipster la sangat tampo kang* masa tangkap gambar ini ada ustazah lalu naik skateboard ampun. Kedai ini sebaris dengan kedai kek sungai wang di bangunan chinatown sila hadam baik-baik.
Masa kami sampai ada lah dua tiga ketul manusia dalam kafe ini tengah menjamu snow ice. Aku pergi dekat kaunter sebab dia tulis "order here" eh jadah sangat yang kaunter suruh aku duduk. Tahu tak berapa banyak lemak terbuang di situ asyik berjalan sana-sini grrrr , sila ingat ye menu di hantar ke meja anda dan akan di layan oleh sang adam kikiki.
Hidup itu terlalu singkat untuk mengeluh tapi itulah aku masa tengok menu snow ice dekat sini dah mengeluh panjang, nasib baik lah nampak abam hulk dekat dinding kafe ini terus semangat nak mengorder makanan.
Menu di Border's tea ialah air-air hipstorrrrrrr macam yang di jual dekat pasar malam atau gerai kecil tepi jalan *mengeluh lagi* . Kami order satu ice cappucino kongsi bertiga , untuk snow ice pula kami order Milk Snow Ice with Passion Fruits. Bagi aku agak susah nak order snow ice tanpa gambar , bayangkan di buku menu ada dekat 20 hingga 30 snow ice pelbagai jenis campur ini itu semua tapi gambar cuma ada dua tiga sahaja pergggh kena banyak bermanja dengan tukang ambil order.
Serius lah nasib baik tak order air seorang satu , nak meninggal dekat situ nampak air border's tea ni besar mengalahkan lemak dekat betis aku pulak lah. Walaupun minum bertiga tetap tak habis air ni hahahahahhahahaha.
Adik beruang order Snow Ice with Orea blablabla aku pun tak pasti apa yang dia order, tapi yang aku tahu dia order selepas tengok gambar di dinding kafe ini. Agak berbeza dari gambar tapi disebabkan dah order telan sahaja lah. Aku rasa sikit sahaja sebab oreo yang di gunakan macam pelik tak sesuai dengan selera aku uhmmmm.
Snow ice dengan buah campuran ini okay , aku makan sesuap dua selepas tu beku otak menyerang *tampor diri sendiri* . Bagi aku biasa-biasa je menu snow ice disini sebabnya aku tak habiskan pun apa yang aku order , fatcat dengan adik beruang dipaksa habiskan untuk aku. Mungkin tak kena dengan selera aku sebab ais kisar dia cepat sangat cair masa sampai di meja kami dah rasa macam makan sup buah plak hihihi *rindu bingsu dekat kafe jonghyun*.
Mungkin lain kali aku datang lagi cuba menu strawberry kegemaran aku , oleh kerana masa nak bayar bahagian kaunter ada bertanya pada kami ada apa kekurangan boleh komen jadi aku rasa memang bagus buat macam sebab kedai ini masih baru dan masih dalam percubaan so tak salah rasanya diorang terima kritikan pelanggan kan. Aku pun dengan happy tepuk perut cakap next time kita datang lagi mana tahu masa tu snow ice dan menu-menu lain di upgrade jadi sedap hoi. Lagi satu Border's Tea pun ada banyak menu makanan selain dari air tapi aku tak berkesempatan nak mencuba pun sebab lelemak tetiba jadi baik hari tu mungkin sebab terkejut kena senaman satu chinatown kahkah.
P/S : eh teruknya kualiti gambor aku ni..apahal ni erkk *ada penampakkan saka lemak di situ habis gambar rosak separuh*
Monday, October 10, 2016
161010
Hari tua si pendosa muncul lagi, alhamdulilah bangun tidur pagi tadi TUHAN bagi nikmat untuk bernafas dengan nyaman tanpa menidurkan beta selama-lamanya. Terfikir jugak bangun tadi terduduk di bucu katil *eceh sebenarnye duduk atas lantai tepi katil sebab tak muat* nak mati pun tak boleh lagi dosa dengan hutang banyak lagi tak di langsaikan. Wasiat dekat hamster dengan kucing pun tak tulis lagi uhuk.
Tahun ini sepuluh sepuluh dua ribu enam belas di sambut seperti biasa tanpa abam abam roti buku enam ketul di sisi, tanpa mesej ucapan selamat hari lahir dari yang tersayang dan tiada bunga ataupun hadiah yang boleh buat aku "auwwww so sweet cayunk" dalam erti kata lain tuan punya blog masih single menanti dengan kawah besar dekat bumi tunggu sang adam jatuh *nangis secara bersepah*
Adik beruang dan seluruh ahli keluarga aku tahun ini buat kejutan yang tak berapa menjadi tapi masih boleh buat aku mengalirkan air hingus *sobsobsob* tersentuh pengemis lemak dalam perut nampak kek icing yang di tunggu setiap sepuluh sepuluh. Hari tua dapat ayam goreng kfc dengan cheesy wedges ialah syurga tanpa nampak neraka di hadapan.
P/S : Ucapan sendu tanpa henti setiap tahun "semoga cepat bertemu jodoh"
Monday, October 3, 2016
SATU HARI BULAN SEPULUH
Bulan sepuluh bulan kegemaran aku yang menjelma dengan sangat pantas tahun ini tanpa menekan brek langsung,berat badan aku ini satu kg pun belum turun lagi tup tup dah nak mencecah akhir tahun. Bila bulan sepuluh muncul umur aku pun bertambah la satu ketul tsktsktsktsk *nangis dalam peti ais* tapi seronok boleh makan kek icing banyak wohoo. Sembilan hari sebelum hari lahir aku masih sendiri tanpa sang adam, hati ini masih tidak berteman hanyalah di kelilingi lemak-lemak dalam badan. Bukan senang nak cari sang adam zaman sekarang ni, kalau nak makan ayam kfc cicah keju itu sangat mudah kkk.
Hari pertama satu hari bulan sepuluh tahun dua ribu enam belas dimulakan dengan bangun tidur pukul 10:30 pagi *anak dara pemalas tahap kuasa tiga* biasa lah cuti jadi lepas solat subuh terus merangkak naik atas katil balik sambung tidur. Bangun tidur terus buka tudung saji tengok mummy dah siap goreng nasi goreng kampung dengan kerepok lekor wohooo, jadi apalagi aku sarapan dulu tanpa rasa bersalah dekat kucing debab yang tengah mengeow meow kelaparan nak pengsan sebab tuan dia lambat bangun tidur hue.
Selepas menternak lemak di meja makan aku merajinkan diri kemas rumah sambil berdisko dengan lagu exo , red velvet dan nct sampai bergegar pasu hiasan mummy atas rak sebab speaker kuat sangat. Oleh kerana separuh kerja rumah adik beruang dah tolong siapkan jadi aku pergi berdisko dekat depan rumah anak-anak aku, intai si debab hamster gucci tengah tidur terlentang dalam bekas *eeei perangai lagi teruk dari mak panda* dan geng wonderpet pulak dah bangun siap melompat-lompat tunggu makanan salad hidangkan.
Si Eureurong kucing jalanan yang sombong tu aku hidangkan nasi gaul dengan ikan rebus *kucing tekak melayu* kalau aku bagi makanan snek kucing nanti dia protes 40hari 40malam mengeow tanpa henti pengsan pulak aku nanti. Oleh kerana aku nak mandikan dia jadi aku cuba jadi tuan yang sangat baik dan ayu tunggu dia makan sambil usap-usap kepala sembang pasal harga minyak naik sampai dia jadi pelik kkkk *gelak pontianak*. Masa adik beruang penuhkan buih mandi dalam besen dia dah perasan motif kami hehehehe tapi macam biasa dia tertipu dan kena mandi sampai jadi handsome macam Lee Taeyong.
Pukul dua petang aku ke bandar berjemaah dengan adik beruang sebab mummy nak beli handphone baru dan belanja kami makan ayam kfc keju nyum nyum nyum. Selain dari pergi membeli-belah dengan diorang aku sebenarnya berhajat nak pergi salon potong rambut baru. Kalau Seolhyun putus cinta dengan Zico potong rambut separuh, aku pulak bercerai kasih dengan menantu mummy nombor dua si Miura Haruma sampai terus potong rambut pendek macam Koharu Sugawara yang juga kekasih hati Miura sobsobsobsob frust menonggeng aku sampai sengal bontot. Walaupun aku patah hati tapi sebagai bekas isteri yang baik restu diberi dengan seikhlas hati, semoga bahagia sehingga ke alam perkahwinan ye abam Miura *patpatpat rambut baru*.
Pukul enam tepat merempit aku balik rumah sebab dah janji nak berdisko dengan DJ JOHNNY wohooo mereput aku tunggu budak ni seorang keluar dari SM Dungeon, satu hari bulan sepuluh anak aku perform dekat Spectrum festival dan di siarkan live dekat V-LIVE app tapi itulah streaming lagging gila teruk macam kambing mabok sampai aku terpaksa putus asa dan tunggu Senpai Lana upload fancam jer woot woot.
Pukul 9.30 malam si risley law datang menjemput aku dengan adik beruang untuk midnight movie Deepwater Horizon, tiket wayang pukul 12:20 malam jadi banyak masa lagi untuk di sia-siakan kami plan nak pergi ternak lemak dahulu kebetulan pula jalan nak ke lif ada mesin patung capcom jadi aku pun apalagi menghabiskan duit raya RM 1 dekat permainan gambar di atas tu hukhuk tapi satu pun tak dapat *muka ketat pegang kapak nak pecahkan mesin* sampai si risley law terpaksa tarik aku dan adik beruang masuk dalam lif.
Terbang Headquarters Cafe yang baru dibuka di kuantan lah tempat yang aku tuju untuk menghilangkan rasa geram tahap nak gigit abang betis abang sado *next entry aku cerita pasal cafe ini*. Wayang Deepwater horizon best sangat sampai popcorn pun tak habis makan sebab focus tu melebih. Kami sampai di rumah dalam pukul 2.30 pagi aku terus pergi mandi sebab rasa letih yang amat tapi itulah bila naik atas katil tak tidur, boleh pulak sambung main game otome dan superstar sm kikiki *gaya hansol*. Selepas subuh barulah aku menidurkan diri sendiri sampai ke tengah hari dan begitulah berakhirnya awal bulan october aku.
P/S : Hari ini masuk ofis lemau dan mengantuk teruk sangat masa lunch terus order nescafe beng kawwwww dan akhirnye pengsan bawah meja.
Subscribe to:
Posts (Atom)