Wahai hati, diamlah engkau..Wahai hati, tenanglah akan dikau meski dirundung musibah..Wahai hatiku, cubalah mengerti hikmah di sebalik ujian yang diberi.
Wahai diri aku sendiri semangat lah !!! sesungguh terasa seperti setengah tahun 2012 ini melalui jalan yang penuh dengan duri2 yang tajam..yang mana di penghujung jalan akan bertemu dengan jalan yang luas tanpa halang dan dugaan..itu lah yang aku rasa
Rasa nya banyak sugguh ujian yang TUHAN bagi kat aku tahun ni...starting dengan wedding yang di rancangkan pada tahun ini berakhir dengan jaya nya tanpa emosi dan kegilaan melampau..bagi aku manusia mampu merancang tapi ye lah semua tu kerja TUHAN...jadi aku anggap je lah tiada jodoh antara kami..tak guna nak mengingati perkara yang sepahit peria tu...
Tapi minggu ini..minggu yang sangat mencabar..aku menghadapi hari hari yang teruk..dengan berita2 yang meremuk kan perasaan dan jiwa...5hari yang lepas sedang aku bergelak ketawa dengan teman2 ofis ku tiba2 beberapa saat hati aku berdetik "eh asal rasa happy sangat ni..rasa macam ada benda xbaik nak berlaku" aku dengan automatik nye mood jadi low..tak tahu kenapa aku dpt rasa macam tu..
So lepas dari hari tu..apa yang aku rasa kan sememang nya betul2 terjadi...Doctor yg merawat my nephew memberi berita yang membuat kan aku menepuk2 dada dan memujuk hati aku " wahai hati kuat lah..wahai hati sabar lah " berita yang di terima membuat kan aku tak terluah dengan kata2..otak aku dah mula berselerak dengan pelbagai pertanyaan...kenapa macam ni..eh ape yang berlaku..beristighfar panjang aku dengan semua yang berlaku..dalam kepala aku cuma fikir kalau aku sebagai auntie nye dah rasa sebak kt dalam..ini kan pulak kakak aku dan abg aku..macam mana penerimaan mereka dengan berita nephew ni kan...so aku cuba bertahan n anggap macam aku masih belum bangun tido..so cepat2 lupa kan untuk beberapa jam..
Aku ingat kan hanya sampai situ je berita buruk yang datang..sekali lagi aku di khabar kan yang kawan susah senang bersama ku di masukkan ke hospital keguguran anak nye yang pertama...dapat je berita ni..automatik otak aku berpusing 380 darjah nonstop...dengan sepantas kilat aku berkejar ke hospital untuk bertemu si feela dan hubby nye...riak dan air muka mereka yang sedih di liputi wajah2 ceria mereka menyambut aku datang...aku tiba2 sebak melihat kawan baik aku terlantar di katil selepas kehilang cahayamata pertama mereka..so aku dengan sedaya upaya nya memberi sokongan pada mereka..bagi aku dia lah kawan susah senang aku..dialah yang berada di sisi aku semasa aku terlantar di hospital 4tahun yang lalu kerana eksiden...so tiba nya masa aku untuk memberi sokongan pada nya...aku tak tahu nak cakap apa dekat dia hanya mampu ucapkan "sabarlah semua yang berlaku pasti ade hikmah nye "..Pada masa yang sama kepala aku dah sarat dengan prob nephew ku...
Semua yang berlaku ni membuat kan kepala aku nak meletup dan berkecai...sampai satu tahap aku fikir "YA ALLAH..lalai kah aku dalam menjalani kehidupan sehari harian aku ni...adakah aku cukup kuat untuk harungi semua yang mendatang ni"...astargfirullah hal azim...kuat kah aku untuk menghadapi hari esok???
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.
[Surah Al-Baqarah: 286]
No comments:
Post a Comment