Cafe Ali bukan adik beradik tongkat ali ataupun geng alibaba yang kaya tu , cuma yang aku tahu cafe ini tengah hot weh dekat kawasan rumah aku sebab dengar ceritalah kan ramai abang-abang sado melepak makan dan minum di sini *takkan lah abam-abam berketul tu nak mandi manda di cafe ni kan* kohkohkoh jangan tanya aku abang sado tu ape? yang aku tahu banyak ketulan-ketulan macam nugget ayam dekat lengan diorang tu sebab tu panggil sado kot erkk *kesat darah kat hidung* .
Aku ialah terjebak dengan cafe ini disebabkan adik beruang yang miang tu !haih budak zaman sekarang balik sekolah sesuka hati melepak cafe hipsturrrr , aku dulu balik sekolah beli ais kerim sebatang dengan keropok keping dua puluh sen jek sambil jalan kaki sepak rumput sampai rumah uhuk budak sekarang kemain hipster bagai. Aku sampai sekarang tak paham kenapa hipster melayu ni macam pelik? air mahal enam ringgit pun ko panggil hipster erkk.
Tapi itulah Cafe ali ini sama sahaja dengan cafe-cafe hipster kat luar sana tu cuma yang bezanya engkau boleh cuci mata sambil makan jangan sampai tercekik tengok abang sado nugget ayam balik dari gym lepak manja di cafe ini. *kalau aku lah memang tak order makanan kot terus geget je lengan abam-abam sado ni lagi kenyang kot* aku rasa mungkin sebab ini lah kot aku memang tak berjodoh langsung nak jumpa diorang ? asal pergi pun mesti muka orang-orang kawasan rumah aku jek.
Aku kena stop cakap pasal sado ni stresss meh kita cerita pasal makanan *lapar hoii* . Menu set yang aku paling suka order kalau datang cafe ali ini ialah "Butter Rice Cheezy Chicken Chop atau Chicken Grill . Kalau tanya aku kenapa? sebab sos chicken chop di cafe ini sedap hoii lemak berkrim! mak aku pun puji, bukan sahaja sos tapi butter rice dan chicken chop yang di goreng rangup membuatkan cinta aku pada set makanan ini makin sado eh?.
Satu lagi menu fave aku disini selain spaghetti cabonara ialah "Spaghetti Aglio Olio Shrimp with Chezzy Chicken Grill" kalau suka pedas memang inilah menu yang thorbaik untuk dinikmati sambil sedut air barbican. Kalau tekak korang jenis import dari london zimbabwe sila order menu-menu lain yang ada di cafe ini contohnya lasagna , nasi goreng pak ali atau set burger.
Kalau tak kena dengan selera tekak jin tu? nah baked meatball carbonara atau swedish meatball pun ada sedap weh walaupun rasa macam tak cukup je semangkuk. Harga semangkuk pun tak sampai sembilan ringgit kalau tak silap aku? so orderlah dua mangkuk mesti happy lemak perut.
Bagi aku makanan di Cafe Ali ini memang sedap dan sangat memuaskan nafsu perut dan lelemak yang ada tetapi cuma bab minuman aku rasa cafe ini kena perbaiki lagi sebab tak berbaloi sangat dengan harga dari segi rasa dan kualiti. Kedua-dua menu minuman panas dan sejuk kena di upgrade level tinggi dari pokemon barulah best , walaupun makanan sedap tapi minuman rasanya kurang sama macam "ayam goreng peha tanpa ayam" . Sekian
P/S : nak apply jadi barista dekat cafe ali ni boleh tak? errr
No comments:
Post a Comment