Tuesday, August 30, 2016

LOTENG TELUK CEMPEDAK - KUANTAN

Merdeka merdeka merdeka yang ke 59 tahun ! esok kita akan menyambut hari merdeka , dua tiga hari ini semangat aku pergi kerja setiap pagi  tengok abam-abam bomba, polis , askar dan jpam berbaris tepi jalan untuk raptai merdeka. Bak kata mommy mana tahu tengah merempit naik scooter terlanggar jodoh ewahhhhh.

Tahun ini aku sambut merdeka atas katil sahaja layan anime donten ni warau dengan sota fukushi sambil minum air green tea guna cawan loteng eh. Koleksi bekas loteng dah cukup lengkap rasanya dekat rumah *nampak tak bertapa banyak masa di habiskan dekat loteng*. Loteng Teluk Cempedak ini adalah menjadi tempat kesukaan geng meow dan geng office entah apa yang menarik aku pun tak tahu? memang terkeluar lelemak dari badan aku sebab setiap hujung minggu nak kena panjat tangga loteng semata-mata nak minum air loteng yang harganya RM 5.50 sebekas sambil bergossipan ketupat rendang dengan semua geng.



Ini adalah menu-menu yang aku biasa order di loteng , kalau nak sembang sampai berbuih mulut aku order kentang goreng dengan air je tetapi kalau rasa sembang ala thailand tu boleh cuba nasi ala thai green curry di sini rasanya urm boleh telan. Kalau selera ala-ala kencing manis tu boleh try ais krim kelapa style sangkaya atau pun ice-cream cake pelbagai perisa. Menu air dekat sini semua boleh tahan berbaloi lah dengan harga dan satu lagi boleh berlagak dengan geng starbucks sambil tayang bekas cawan loteng kkkkkk.




Satu lagi untuk tempat duduk di loteng ini sentiasa penuh jadi sengih je la tapau air terus pergi ke pantai bersila lah ye korang. Aku kalau datang sini memang bahagian atas penuh so lepak je di bahagian bawah tapi risiko tinggi sebab ko asyik nak order segala saka makanan yang ada dekat kaunter. Oleh sebab itu rajin-rajinlah usha seat atas ada kosong tak terus naik melepak, kalau rasa nak baring dan berguling seperti seekor badak sumbu dekat bahagian atas sekali lah tempat yang paling best.


 Ini adalah pemandangan dari atas bahagian yang menghadap pantai dan sila abaikan tiga ekor geng meow yang sentiasa sibuk dengan telepon blerggggh. Aku selalu kalau dapat port bean bags ni memang siap boleh tidur lagi, nasib lah jodoh-jodoh dekat atas ni memang tak ramai uhukss. Bagi aku tempat loteng ini memang strategik sebab sebelah starbuck lepas tu mcd dengan kfc kiri kanan jadi tepuk perut tanya selera "kau nak makan apa lagi setan" lebih kurang macam tu konfirm mendaki tangga loteng order air loteng satu bekas.















P/S : konklusi nya sampai sekarang aku tak tahu apa yang best tempat ini?mohon diri sendiri berhenti dan bertaubat datang loteng tc dan beli air dekat sini..

Wednesday, August 24, 2016

160808

*gemoknya tangan daku*

160807 Selepas bersarapan pagi di restoran zaman dengan keluarga mertuanya, mak buyung aka kakak aku singgah ke rumah hantar budak planet saturn si hedzry tu sebelum check in hotel tingkat satu di HTAA pukul 10pagi . Oleh kerana mak buyung ada kes untuk anak pertama jadi walaupun tak sakit dan bukaan hanya 1cm harus check in wad pada tarikh yang di tetapkan untuk di pantau oleh doktor.

Si hedzry sampai rumah kami pun dah drama sinetron sedih EP10 sebab dia kena tidur rumah nenek dan aki , mungkin dia stress sebab kena melayan makcik-makcik dia yang bengong macam kami ahahahahaha. Aku tak hantar mak buyung ke hospital, semua di uruskan oleh suami dia dan mommy. Aku cuma pergi ke hospital petang dengan adik jantan sambil cari pokemon boleh? banyak weh spesis pokemon dekat HTAA, dah la masa aku sampai mak buyung sedang makan pavlova dari kulacakes dengan nasi ayam madu masa erk dahsyat betul kakak aku ni.

160808

 NUR KHAYRA HUSNINA erm sepatutnya nama dia NUR KHAYRA MADEENA tapi malas nak gaduh dengan adik jantan aku tu lantaklah ko menang hahaha sentap. Keluar dari perut ibu dia pukul 3.30pm dengan berat 2.8kg dan hobinya suka minum susu ibu (tak boleh lambat 0.1 saat mesti dia menangis dengan kuatnya ) 

Seronok betul kami satu family nampak baby al-maklumlah rumah kami dah lima tahun takde baby jadi bila dengar suara baby nangis rasa syiok tu lain macam ! kadang-kadang biar je baby nangis sebab nak menikmati suara baby yang comel. Lima tahun masa jarak masa yang agak panjang untuk kakak aku mengandung anak kedua jadi perasaan teruja semua orang dalam family aku lain macam jer termasuklah aku ! alahai tengok baju-baju baby bersidai dekat dapur sambil di tiup angin happy.

Akhir-akhir ini aku selalu tidur lambat dan pergi kerja pun sama ! hahahahah punch card selalu merah bulan ni "siap kene sindir lagi dengan kawan ofis macam aku yang bersaling pulok" .Aku harap sangat baby khayra membesar dengan sihat dan baik , aku cukup bersyukur sangat dia tak copy muka dan badan aku yang ala-ala snorlax ni uhukk janji baby comel macam jigglypuff pun dah kira ok erk..okbye!











P/S : Ada satu kepelikkan berlaku akhir-akhir ini pada diri ku..kakak aku yang bersalin tapi entah kenapa aku rasa macam aku yang tak terurus??? malas nak cantik , malas nak kemas bilik , malas nak lipat kain, malas malas malas ape kehel nya aku ni ! cepat kawin wooi


Thursday, August 4, 2016

DIMORA EAST - KUANTAN

Entry versi peram 40hari di dalam draft "batuk-batuk ala nakamoto yuta" , Dimora East @ Malaga Malaysia , Kuantan ialah one stop centre untuk restoran , butik , art gallery . furniture wood ,event space dan lain-lain lagi. Aku dengan adik beruang dah lama plan nak singgah di sini tapi list menternak lemak tu terlampau penuh jadi satu minggu sebelum puasa bermula kami berkesempatan berjimba di dimora east. Bangunan ala rumah dimora east ini sangat senang nak cari sebab betul-betul di tepi jalan dan satu hala nak ke teluk cempedak.

Kali pertama aku menjejakkan kaki disini dengan adik beruang , fatcat dan park shinhye dari luar dah nampak konsep biru putih di terapkan di dalam bangunan ini macam ala-ala santorini greece cewah *pandai sangat aku ni* tak perlu pergi jauh-jauh kalau nak fefeling greece , Jangan tak tahu di bahagian bawah adalah butik jadi sebelum ke restoran nak makan memang kena masuk ikut butik lepas tu nampak jubah , tudung dan baju-baju yang menarik tertarik duit ko memang debom kebabom la hilang ahahahahaha.

Part paling best sampai di bahagian atas restoran ini membuatkan mulut aku terbuka luas memang boleh masuk kerbau seekor dalam sebab cantik betul pemandangan di atas sampai sejuk lelemak di perut. Sesuai kalau nak buat event bertunang atau ulangtahun perkahwinan sangat sawit ok. "future husband hello? nanti kita buat kenduri kahwin kat sini je la ye uhukk uhukk"

Masa kami sampai ada satu dua keluarga yang sedang menikmati juadah makanan mereka di atas , kitaorang pulak krikkk krikk tak tahu nak duduk yang mana satu sebab semua meja sangat awesome ! akhirnya pilih duduk di meja yang ada lampu liplaplip sebelah pagar feel hari raya "korang jangan lebih-lebih nak terjun kang patah urat kentut".

Nak romantik sawit duduk tepi pagar semua ! kalau nak feeling-feeling artis retis jemah ngn meon boleh duduk di dalam iye, semua bahagian pun NICEEEEEE bak kata orang putih. Di dimora east menu yang di tawarkan di sini agak menarik betul ! nangis tengok menu seafood paella kegemaran daku yang susah nak cari kat kuantan ini.

Antara menu yang kami geng pelahap order

Valencian Paella
Tumis Asam Noodle
Fettuccine Carbonara
Sticky Lemon Chicken

Semua menu yang dihidangkan disini teramatlah sedap terutamanya Tumis Asam Noodle dengan hidangan yang agak besar boleh makan empat orang ok jangan tertipu dengan gambar ! size hidangan makanan di sini sangat besar hoi..kami sampai semput nak habiskan "motif nak cakap usus perut dah mengecil wakakaka".

Valencian Paella "la comida estuvo deliciosa" seperti yang aku biasa makan ketika berhijrah ke sepanyol zaman batu bata dulu eh. Jangan lupa order menu ini sangat sedap oooi.

Fettucine dan Sticky lemon is sedap taktau nak cakap apa dah aiih jarang dapat makan fettucine yang orang melayu masak sedap lemak berkrim di sukai ramai.

Motif? adik beruang dan kakak panda show off gambar sendiri kat sini kenapa? feeling retis ka?










P/S : Recommend music playlist this month NCT127 (NCT 서울 팀) & SCANDAL (スキャンダル)

Tuesday, August 2, 2016

MARY TO THE KAY

Musim menabur wang bersepah-sepah pada bulan ogos yang panas, awal bulan dah kering aku ni macam mana? makan biskut hup seng cicah tea suam aja lah sampai akhir bulan ! nak muka cantik untuk jangka masa yang panjang kena lah korban lemak-lemak yang ada di badan.
Hari sabtu semangat dapat satu bag barang mary kay tapi disulami dengan hati yang luluh sebab RM 285.00 terbang ke marykay beauty consultant tsktsktsk "tepuk2 bahu pujuk diri takpe demi kulit muka yang sihat"  perasan tak isu pasal muka bermasalah ini  sedang viral di ig dan fb kesan pakai produk rebrand dan bahan kimia. Salah seorang yang mengalami masalah itu adalah tuan punya blog.

 Keputusan yang aku ambil agak drastik sebab dengan amount RM 285.00 aku boleh bayar installment rumah satu bulan. Tetapi setelah di selidik hari demi hari aku nekad nak berubah , sebelum ini aku pernah korban duit untuk detok badan dan kenapa muka sendiri aku kedekut sangat nak keluarkan duit betul tak? ahahahah

Sebenarnya muka aku sebelum meningkat dewasa tidak pernah ada jerawat dari sekolah aku pakai produk safi tetapi apabila mula bekerja dan ada duit sendiri nampak je iklan dan review di fb ig pasal produk glowing gebu terus gatal dan miang tu datang memberontak nak beli jadi selepas itu menonggeng lah aku dengan muka naik jerawat gemok-gemok. 

Pernah berhenti dah insaf lepas tu beli lagi produk muka baru keluar dengan testimoni cun melecun. Contoh sebelum puasa tahun ini aku berkenan sangat tengok ada satu produk semua testimoni gebu-gebu so beli lah satu set dalam 100++ , untuk dua minggu pertama muka aku glowing dan gebu gila kawan-kawan puji cantik tapi beberapa hari sebelum syawal menjelma muka dah start naik jerawat gemok penuh muka terus nangis berguling-guling bawah katil sedih.

Dalam bulan july aku berhenti pakai apa-apa produk muka dan hanya cuci muka dengan air suam, aku dengan nekadnya buang semua produk yang aku tak mahu pakai , bila difikir balik setiap kali aku stop pakai krim xyz mesti muka aku akan jadi teruk tapi tu lah gatal nak pakai produk rebrand sangat sebab testimoni kulit semua cantik-cantik woo tapi akhirnya aku yang menanggung muka hancur. Oleh sebab itu aku ambil keputusan untuk contact MARYKAY KUANTAN punya beauty consultant berbincang pasal masaalah muka yang aku hadapi ini dan pelaburan berjalan dengan lancar. Untuk kes muka aku yang jerawat sentiasa naik di tempat yang sama dan berminyak sampai boleh goreng nugget ayam enam ketul sis nadia suggestkan tiga barang di atas untuk pemulihan kulit. 





Aku kena kuat dan istiqamah pakai marykay sebab dah bertahun pakai produk yang tak sesuai dengan kulit , lagipun untuk permulaan set yang aku pakai ini bertahan sampai empat bulan jadi dalam masa empat bulan ini boleh simpan duit buat belanje pergi kampung abam di busan kkkkkk. Semoga muka aku cepat sembuh sebelum jumpa en jodoh eh.









P/S : Nak pergi jalan-jalan makan dengan adik beruang tapi kena kawal nafsu perut untuk bulan ini..mereput