Saturday, November 28, 2015

SUSHI RIOT AT KOI ZEN JAPANESE CUISINE




Sushi riot lah sangat ! tajuk tak mudah tu mengada-gada tahap tenuk aku ni *di lempar ke laut*. Hari-hari makan sushi tapi muka macam tu jugak tak kawaii macam awek dekat jepun jugak sedih ok ! KOI ZEN JAPANESE CUISINE restoran ni aku dah pergi makan dekat 3 kali  rasanya *hantuk kepala dekat dinding* makanan jepun di sini sedap tahap nak gigit orang berbeza dengan sushi king dan sakae sushi, ini tekak aku je lah kan..orang lain aku tak pasti tapi keluarga aku dengan geng meow suka makan dekat sini.



Suasana dalam restoran ini pun menarik ala-ala gerai kecil di jepun, maaf ye tiada sushi bergerak macam di sushi king dan sakae sushi.Aku kalau datang sini aku buat tempahan dulu cakap nak duduk dalam tak mahu tempat dekat luar kira macam privacy sedikit lah.







Sushi di sini di hidangkan dalam piring seramik yang besar bersama dengan wasabi, unagi sushi di sini paling sedap T_T , aku punya kegemaran ialah sushi mayo memang tak boleh tinggal *aku memang tak boleh menaip pasal makanan dalam blog ni mesti air liur nak meleleh*



Satu lagi hidangan yang perlu anda cuba di koi zen ialah kimchi udon ! tapi jangan makan seorang kimchi udon ni sebab saiz hidangan dia untuk 3 orang , mangkuk dia besar ok ! kombinasi yang sangat sedap udon dan kimchi ni.



Takoyaki yang betul-betul hoaliauu plus di hidangankan dengan sayur salad.


Kalau pergi restoran jepun Chawanmushi memang tak boleh tinggal.



Repeat order lagi sampai perut meletop



Set nasi dengan ayam goreng sedap *ok lupa nama* sushi king ada set ni juga ala-ala macam chicken teriyaki macam tu..



Motif bukan nak tayang beg mango tu ok ! ahahahahah *gelak setan*



Si hedzry ni kalau ajak bergambar kemain dia mengada *comel nye nak gigit*



So kalau rasa nak tukar selera boleh la makan sushi dekat koi zen starcity ! staff melayu di sini baik-baik belaka dan halal..harga pun ok! so adios~





P/S : Dah lama rasa nya tak jumpa abang tak sunat dari jepang




Wednesday, November 25, 2015

ADIK HARRY STYLES


Bobby styles anak kepada tuan punya blog, tiada istilah adik atau bau-bau bacang dengan harry styles  *tumpang glamer je* tapi terlebih handsome kalah harry styles sampai tak larat tuan sendiri nak tengok. Nama bobby ni tuan aku bagi sebab masa tu dia jadi sampah sarap si bobby ikon gila sangat tengok reality show WIN tu hmmph...

Masih single dan sedang mencari jodoh untuk tinggal sekali dalam sangkar, sedih sangat sebab tuan aku ni kejam biar aku duduk seorang je dalam sangkar ! ada ke dia tuduh aku ni gila seks? hello dah kerja aku asyik mengawan je nak buat macam mana kan, tuan aku ni teruk sikit perangai nya.


Ini gambar wife aku nama dia mino, tapi tuan aku dah pisahkan kami berdua lepas kami ada enam anak selama 48minggu bersama-sama hidup dalam banglo satu tingkat, kami berpisah sebab tuan aku cakap aku dah melebihi had yang di benarkan dalam proses mengawan, sumpah mengarut semua tu ! guinea pig macam aku ini memang di lahirkan macam ni tuan aku tu je yang lebih.

Mino kesayangan tuan aku *ok tak jeles pun* tuan aku sayang si mino ni sebab dia cakap mino ni cute sangat sampai aku muntah berbaldi-baldi dengan perangai tuan aku.

 Ini gambar aku 48minggu yang lalu, hari pertama bila tuan aku bawak aku balik dari kedai haiwan.Serius tuan aku ni mulut macam puaka masa datang beli aku dengan mino dekat kedai.Nasib lah aku buat-buat kacak masa dia tengah pilih spesis aku ni.


ini aku bobby, masa ni aku kecik lagi boleh duduk atas tangan tuan aku, boleh golek-golek atas tangan dia tapi sekarang tuan aku letak atas perut dia yang macam kawah tu jer..sedih




Kacak tak? ngeee..nak tunggu tuan aku puji aku memang tak lah kerja dia setiap hari membebel 25jam tak berhenti ! stress tahu tak? padahal dia dah tahu spesis macam aku ni tak boleh stress ! setiap hari dia akan kondem aku macam ni :-

"Bobby jangan buat bersepah rumah ! aku cukur semua bulu ko kang"

"Bobby jangan gila sangat dalam rumah tu bising la ! aku tak bagi ko makan kan baru tahu"

"Bobby ko ni kan aku goreng celup tepung baru tahu, asyik makan je kerja ! cuba lah ko pergi tolong aku menyapu sampah ke, basuh kain ke ! tak guna betul lah"

Beginilah setiap hari aku di keji oleh tuan aku, tapi aku  tetap sayang dia sebab dia tak pernah miss sebut nama aku setiap hari dan selalu hidangkan sayur-sayuran kegemaran aku ! yeah yeah salad salad..hidup TUAN ! bagi saya makan salad banyak-banyak !







P/S : Tuan blog ni pun masih single macam aku..kita tengok siapa yang dapat jodoh dulu

Monday, November 23, 2015

SARA BOAT NOODLE KUANTAN





 Mee sampan atau kalau dalam english mak aku panggil "boat noda" apa-apa je lah mama asalkan dengar macam noodle sudah.Papa tak habis-habis tanya aku mana p boat ? kenapa tak nampak boat pun alahai orang tua ni ade jugak aku hantar duduk atas sampan nanti baru tahu. Boat noodle ni tengah popular sekarang , semua orang gila makan mee takde sampan ni.Sumpah aku sendiri pun tak paham tapi kalau tanya aku boat noodle mana yang aku suka? Sara Boat Noodle ni memang kesayangan aku ! aku rasa hanya kuantan je yang best tak ada yang lain dah.


Merecik ayaq lioq tengah menaip entry ini, Sara boat noodle dekat sini special ok kat tempat lain takde, bulan lepas aku ke kl dan mencuba boat noodle versi asal di Berjaya Times Square uhmm memang tak boleh lawan kuantan punya *ok berlagak siot* sebab dekat sini ada menu special macam dekat atas tu chicken special versi mangkuk besar RM 5.90 satu. Ayam mee ini seketul ok memang satu mangkuk tu dah kenyang tahap nak baring terus atas meja *aku je lah, korang yang perut macam tempayan tu aku tak tahulah*



Ini versi mangkuk kecil ada versi mee kering dengan mee ada sup dan ada dua pilihan ayam or lembu.Bagi aku dua-dua pun sedap tapi aku hanya cintakan special chicken sahaja yang kecil-kecil ni usus perut aku memang tak boleh hadam.Kalau order dry noodle mereka akan hidangkan juga sup yang di asingkan dan ada bebola lagi dalam sup tu..nyumyum

Ini versi beef noodle yang di asingkan sup nya sedap ok tahap nak gigit meja , rasanya beza dengan boat noodle di kl ada versi ala-ala laksa , yang ni sup dia tambah dengan cili goreng ok dah boleh nangis berair mata kat situ.




Dekat sini diorang sediakan 5 jenis perasa tambahan untuk mee *gambaq takdok* 
cili kering goreng pedas + lada jeruk + gula + emping cili + sos ikan
korang pilih je mana suka. Masa makan di kl hari tu mereka cuma sediakan lada jeruk yang tak berapa nak ada lada T_T


Paling best dekat sini green tea + thai iced tea + iced coffee murah RM 2.50 jer !
boleh order lagi dan lagi iced coffee kat sini kaw giler.





Paling sedap dessert aka pemanis mulut *air liur meleleh* kalau dah biasa makan di restoran sara thai biasa akan jumpa pulut mangga dengan pulut durian versi thailand ni, tak perlu susah-susah dah nak pergi thailand cari seketul ni. RM 10/sepinggang tapi lemak berkrim di sukai lemak-lemak di perut.


Ok idaman hati ! Mesti cuba kalau datang sini sedap *tahap nak jilat skrin laptop* tak boleh cakap pasal seketul idaman hati dekat atas ni air liur merecik teruih.Apa yang penting Sara Boat Noodles halal dan perkerja mereka semua islam thailand, jom makan tanpa was-was






P/S : Pelanggan setia setiap bulan , minggu , hari errr tak tahan tak tahan hati ku tak tertahan.