Malam ni my jari jemari tetiba rasa nak senaman menaip..mungkin dah lama mengemokkan jari2 jemari yang manja ni...Nenda itu perkataan pertama yang aku mampu taip selepas 9 hari pemergian dia bertemu penciptaNYA yang abadi...tiada apa yang mengambarkan perasaan aku ketika mama memberitahu ku berita kematiannya time tu dalam pukul 5pagi aku ialah tidur tak sedar diri..which mean aku pun tak sedar yang papa pergi hospital time bila dan bila diorang balik..time mama cakap nenda dah takde..aku dengan mamai pergi sambung tidur balik...boleh? lepas tu baru aku sedar yang aku di tahap yang penuh kebodohan yang amat..
Majlis pengebumian nenda diadakan dalam pukul 10 lebih...tapi aku selepas subuh dah di sisi mayat nenda di samping cucunya yang lain membaca yassin untuk nya..ketika tu dalam otak aku macam perang dunia ke-2..banyak sangat yang bermain di fikiran sehingga tahap aku fikir yang nenda mungkin akan bangun balik..boleh? kenapa aku jadi mcm ni? sebab 2hari sebelum penyakit nenda makin teruk..aku ada pergi melawat nenda dan berborak mendengar ceritanya tentang perjalanan nye ke makkah beberapa minggu sebelum tu...makan kurma,minum air zam zam dan paling teruk sampai sekarang aku masih terdengar2 lagi kata2 nenda " sementara masih sihat dan kuat pergilah ke Tanah ALLAH, jangan jadi macam nenda yang dah tua baru pergi " yang aku tahu time tu aku cuma mampu cakap insyALLAH aku akan hantar mama and papa dulu kesana..
Dalam hidup aku untuk pertama kali nya aku melihat proses memandikan mayat dan juga aku memandikan mayat nenda...masa tok aki dan adik lelaki kesayangan aku meninggal aku tiada kekuatan untuk melihat semua tu terutama adik lelaki aku...aku melarikan diri sehingga ke akhir step mengkafankan mayat nya...tapi hari tu aku tak tahu celah mana datang kekuatan hati aku nak melakukan semua tu..dengan berjubah aku , kakak ku dan mak su aku membantu dalam proses tu..dan yang paling membuatkan aku sayu bila memikirkan..aaah macam ni ke bila tiba masa aku mati? macam ni ke aku akan di mandikan? macam ni ke aku akan dikafankan? macam ni ke diri aku ketika aku mati? adakah semua orang akan sedih macam ni kalau aku mati? aah aku pernah melalui beberapa kali berhadapan dengan maut yang di depan mata..tapi aku tak pernah terfikir yang perkara selepas aku mati..jasad aku..jasad yang kaku di kafankan dengan kain putih..astargfirullah..
Sesungguh nye otak aku masa tu dah memang tunggu masa untuk meletup dengan banyak persoalan yang bermain di otak..aku siap bertanya di dalam hati "nenda ok tak di dalam sana..kemanakah haluan nenda...menakutkan ke alam satu lagi " subhanallah itu je yang aku mampu tanya berulang kali...ketika mama menceritakan saat permergian nenda buat bulu roma aku betul2 meremang..ketika nenda sedang bertarung di wad hospital pesakit di hadapan nya menghembuskan nafas dan kemudian beberapa minit nenda pula..kesimpulan yang bermain di minda YA ALLAH, sesungguh nya malaikat maut menanti kita di saat kematian kita..
Apa yang membuat aku redha dengan pemergian nenda..adalah sebelum dan selepas arwah di mandikan dan dikafankan senyuman di bibirnya tidak pernah hilang..aku terasa di pergi dengan aman sebab hajatnya menjejakkan kaki ke tanah ALLAH sebelum bertemu penciptaNYA telah tertunai..jadi aku rasa nyaman di hati apabila semuanya selesai dengan sebaiknya..sehingga hari ini aku masih teringat senyuman di wajah nya..Sebelum arwah nenda pergi dia ada menghadiahkan aku sehelai selendang dah tasbih dari makkah...dan selendang itu yang aku pakai di hari nenda di kebumikan..
Nenda..Semoga rohmu dicucuri rahmat dari ALLAH..dan digolongkan di kalangan orang-orang yang diredhai ALLAH..a;-fatihah
No comments:
Post a Comment