Ke penang kita ! semangat raingers katakan. Kali pertama menjejaki penang semangat tu berkobar2, kerja dekat ofis bertingkek-tingkek aku dengan senang hati nye bercuti lagi. Mama ngn Papa sampai cakap "cuti lagi? " -aku gelak kucing je-..
Kalau ikutkan dari awal tahun sampai sekarang memang banyak aku cuti. Boleh dikira setiap bulan. memang gila jiwa manusia bernama raingers ni. Alasan aku bagi dekat boss macam biasa PERSONAL.
Aku dan kakakku bertolak ke k.l selepas kerja dengan atin dan shera geng pekan ni semangat diorang kuat. Trip ni kami punya kos cuma RM 50 satu kepala ada campur dengan ramai raingers dari k.l. diorang ni semua geng kami kenal time hujan perform di AJL. kami lah yang sibuk berflashmob kat bawah stage tu..ok malu bukak cerita lama.
team kami
fara
k.nor
melo
hafiz
shafiq
hazmi
k.nina
syu
yang lain hilang ingatan *nangis*
Kami bertolak dari kl malam menaiki van sauna si melo drive. ok gile best driver memang tip top. sampai di penang pagi di dataran erm tak sure nama apa sebab mamai lagi keluar dari van. lepas tu kami pergi bersarapan dan mengedik. Penginapan kami di bayu emas apartment pukul 2 petang baru boleh check, so budak2 ni semua nak pergi pantai batu feringghi mandi manda.
Lepas bersuka ria di pantai, kami still ada banyak masa lagi sebelum check in so kebetulan dekat dengan hotel team hujan menginap jadi diorang offer kami mandi and tukar baju di hotel mereka. peluang depan mata jangan di lepaskan, untung baik dengan staff mereka.kehkeh
Kami di hotel tak lama lepas dah tukar baju everything kami terus pergi check in hotel dan ke bandar penang untuk makan nasik kandaq dan shopping jeruk, bukan jeruk pak ali tapi jeruk di kedai raingers di penang. semua semangat borong sampai tak ingat dunia. thanks ye fatimah and family. yang penting nasi kandaq telur ikan sedap.
Penang best tapi panas sauna tahap gaban dalam van sebab takde aircond, kami berpeluh berjemaah kahkah. Part paling sedih pergi bukit bendera tapi tutup so ambil gambar je lah buat kenangan. Next time lah pergi dengan family.
Ni lah motif pergi penang sebenarnye mengedik je kami ni, nasib la semua satu kepala kalau tak haru di buat nya, cucuk langit tak hingat, kalau korang tanya aku ni memang tak suka tempat yang ramai orang, ikut mood so aku jadi lah photographer tak bertauliah pakai hp cikai bb 8520 je tu yang mampu.
Selepas konsert gigih beli chicken mcd dengan nasi goreng phadkapau lepak hotel dengan geng hujan dan raingers bergedik bersama2, last sekali dimas bagi kami dengar lagu baru ala2 teaser sikit je. Bukan nak cakaplah ye diorang memang best. Sekian
No comments:
Post a Comment