Tuesday, March 7, 2017

CAFE ALI - KUANTAN



Cafe Ali bukan adik beradik tongkat ali ataupun geng alibaba yang kaya tu , cuma yang aku tahu cafe ini tengah hot weh dekat kawasan rumah aku sebab dengar ceritalah kan ramai abang-abang sado melepak makan dan minum di sini *takkan lah abam-abam berketul tu nak mandi manda di cafe ni kan* kohkohkoh jangan tanya aku abang sado tu ape? yang aku tahu banyak ketulan-ketulan macam nugget ayam dekat lengan diorang tu sebab tu panggil sado kot erkk *kesat darah kat hidung* .



Aku ialah terjebak dengan cafe ini disebabkan adik beruang yang miang tu !haih budak zaman sekarang balik sekolah sesuka hati melepak cafe hipsturrrr , aku dulu balik sekolah beli ais kerim sebatang dengan keropok keping dua puluh sen jek sambil jalan kaki sepak rumput sampai rumah uhuk  budak sekarang kemain hipster bagai. Aku sampai sekarang tak paham kenapa hipster melayu ni macam pelik? air mahal enam ringgit pun ko panggil hipster erkk.



Tapi itulah Cafe ali ini sama sahaja dengan cafe-cafe hipster kat luar sana tu cuma yang bezanya engkau boleh cuci mata sambil makan jangan sampai tercekik tengok abang sado nugget ayam balik dari gym lepak manja di cafe ini. *kalau aku lah memang  tak order makanan kot terus geget je lengan abam-abam sado ni lagi kenyang kot* aku rasa mungkin sebab ini lah kot aku memang tak berjodoh langsung nak jumpa diorang ? asal pergi pun mesti muka orang-orang kawasan rumah aku jek.



Aku kena stop cakap pasal sado ni stresss meh kita cerita pasal makanan *lapar hoii* . Menu set yang aku paling suka order kalau datang cafe ali ini ialah "Butter Rice Cheezy Chicken Chop atau Chicken Grill . Kalau tanya aku kenapa? sebab sos chicken chop di cafe ini sedap hoii lemak berkrim! mak aku pun puji, bukan sahaja sos tapi butter rice dan chicken chop yang di goreng rangup membuatkan cinta aku pada set makanan ini makin sado eh?.


Satu lagi menu fave aku disini selain spaghetti cabonara ialah "Spaghetti Aglio Olio Shrimp with Chezzy Chicken Grill" kalau suka pedas memang inilah menu yang thorbaik untuk dinikmati sambil sedut air barbican. Kalau tekak korang jenis import dari london zimbabwe sila order menu-menu lain yang ada di cafe ini contohnya lasagna , nasi goreng pak ali atau set burger.

Kalau tak kena dengan selera tekak jin tu? nah baked meatball carbonara atau swedish meatball pun ada sedap weh walaupun rasa macam tak cukup je semangkuk. Harga semangkuk pun tak sampai sembilan ringgit kalau tak silap aku? so orderlah dua mangkuk mesti happy lemak perut.



Bagi aku makanan di Cafe Ali ini memang sedap dan sangat memuaskan nafsu perut dan lelemak yang ada tetapi cuma bab minuman aku rasa cafe ini kena perbaiki lagi sebab tak berbaloi sangat dengan harga dari segi rasa dan kualiti. Kedua-dua menu minuman panas dan sejuk kena di upgrade level tinggi dari pokemon barulah best , walaupun makanan sedap tapi minuman rasanya kurang sama macam "ayam goreng peha tanpa ayam" . Sekian















P/S : nak apply jadi barista dekat cafe ali ni boleh tak? errr

Thursday, March 2, 2017

KELAUT


Bulan tiga dua puluh satu tujuh rindu nak berblogging ! tapi kemalasan , ketiadaan mood yang normal dan juga kelalaian dalam masa membuatkan aku mengemukkan jari jemari dari menaip disini. "KELAUT" begitulah ayat yang sesuai untuk diri aku. Setiap hari selok nak menaip di blog tapi di sebabkan dalam badan ada tiga K memang susah jadi kelaut semua semangat itu. Salah satu syndrome lagi ialah "timun laut" jadi aku kena cari masa yang sesuai untuk update semua entry
yang mereput dalam draft. 












P/S : Gambar di atas di ambil ketika dalam perjalanan ke Ihwa Mural Village (이화 벽화마을) berdekatan naksan park tahun lepas. OKBYE




Monday, January 2, 2017

DUA PULUH SATU TUJUH


Sesaat selepas 2017 alhamdulilah aku ialah masih berlemak seperti biasa? masih lagi seorang anak dara yang tidak kesepian tanpa jodoh menusuk kalbu, dan paling gila aku juga masih malas lipat kain baju seperti biasa ! kain baju aku berbakul-bakul macam gunung berapi tepi dinding bilik tapi itulah selamber je aku baring atas katil sambil makan gummy bear.


Cakap pasal gummy beruang dan gummy cacing ini lah dia makanan tahun baru aku yang dibeli special dari Candylicious USS Singapura satu minggu sebelum tahun baru muncul ,*adik beruang punya idea* banyak jenis siap ada ular ! perghh memang tak beli la aku. Mahal harga 400g woi ! ciput macam ini pun dah sepuluh ringgit huhukhuk al-maklumlah tukaran wang malaysia tak berapa nak sihat hukhuk.



Kalau diikutkan dah bertahun lamanya aku menyambut tahun baru atas katil sambil makan bertemankan handphone dan lappy tercinta. Memang tahap kemalasan nak keluar dari bilik menebal kalah burger mcd jadi aku layan bunga api dum dam dim dum dari dalam bilik. Satu jam sebelum tahun baru gigih melayan vlive semata-mata nak sambut tahun baru dengan anak-anak ikan kesayangan uhukkkk ! al-maklumlah kami terpisah beza satu jam awal.


2017 tidak mengubah hidup aku jadi pemalas sampai taknak masak memasak tehehee gila kau bab makanan aku paling cepat pantas dan cemerlang. Alhamdulilah menu pembuka tahun baru aku ini memang mantap sampai menangis adik beruang makan hihik, ayam pedas korea tu memang pakai pes lada korea yang meletup tahap kepedasannya tapi aku suka dan mummy siap request masak lagi ahaks memang pedas tapi korang tak boleh berenti makan. Next time aku share resepi huhu.

Ayam pedas korea versi perempuan sihir
Kubis goreng kicap abc
Celur bendi dan timun 
Ikan Aya kukus goreng
Singgang ikan aya






Bab ayam korea tu menjadi rajin nak memasak sebab sehari sebelum tahun baru ofis aku buat party makan-makan tahap mengemukkan diri sampai 5kg terus, bayangkan pizza hut dengan kfc anak bos order selepas itu diorang order lagi makanan korea dan kek secret resepi aaah lemak sokmolah aku ni. Jadi adik beruang pun bisinglah nak makan jugak walaupun aku dah belanja dia makan myeongdong toppoki lepas balik dari singapura hurm.



Tahun baru asyik cakap pasal makanan je aku ni *letih menaip sebab lapar* , Tahun 2017 ini azam nak kurus tu memang dah tertanam jauh dalam lelemak tepu aku. Jadinya kita tukar jadi tahun untuk bergebu gebas cantik sampai jadi macam bae irene. Nak cantik biasalah korban duit bulanan petrol untuk skuter ahahahahahhaah beli NH colla-plus advance 16 botol percuma 4 botol boleh makan sampai dua bulan. Tunggu aku gebu sesangat baru boleh kongsi pengalaman gitu-gitu, inipun baca review orang tu yang galoks sangat nak beli uhuuu.





Penutup untuk entry di tahun yang baru dan hari serba baru ini ialah *dah start malas nak menaip ayam kfc memanggil* gambar anak-anak saudara kesayangan aku yang kacak lagi debab ! Oleh kerana satu hari bulan baru pergi shopping kasut sekolah adik beruang jadi selepas siap semua kami terus pergi rumah kakak aku sebab rindu diorang sesangat. Nak tunggu anak aku sendiri mereputlah mak dengan ayah aku tu ! ini jelah cucu si intan payung berlian permata emas untuk di belai-belai.

















P/S : Seronok tengok orang sambut tahun baru dengan suami dan anak-anak tapi itulah timun laut masih tak dapat signal dari aku sosobsobbb.