Monday, August 24, 2015

BURGERAK - KUANTAN

Menu wajib order kalau datang sini...rasa macam kena rasuk hantu makan pisang cheese coklat ni sebab ni bukan pisang cheese goreng yang orang jual kat tepi jalan ni betul-betul pisang..ihik


Set beef burger patty burgerak buat sendiri sedap tapi susah nak makan entah bagi aku besar sangat, cuak gila nak makan serious lagi cun kalau diorang sediakan pisau and garpu sungguh tak senonoh makan dengan sos meleleh dekat tangan & mulut *kaum lelaki di haramkan tengok aku makan*


Set holiyau ? entah gitu kot nama dia dan burritto beef gila sedap tak ingat nak balik rumah.Roti dia lembut okay! 1st sampai nampak macam keras je, masuk mulut terus nampak syurga.Set holiyau tu pedas tahap nak buasir ok,kalau tak tahan pedas jangan nak gedik order tapi sekali korang rasa maybe korang akan nonstop makan. Burrito beef size kecil tu tak cukup *dasar pelahap, kaum lelaki di haramkan jumpa perempuan macam ni*


I-gerak biasa biasa jer..ice cream lebih tahap merecik


Green tea ni best gila sampai nak order dua tapi segan sangat.


Mabuk




Burgerak ialah misi berdosa secara tiba-tiba lepas tengok akaun instagram depa terus saka mengidam tahap unta tengok burger cheezy, cacing dalam perut tahap mengelepur songsang jadi terus wassap burgerak inform pukul 9 patik datang mengadap.Kedai ni dah lama dalam senarai tapi tak lepas nak pergi sebab menahan nafsu serakah dari mengemukkan diri tapi yes gagal...huhuhu sadis gila ! Kena banyakkan bertaubat lepas ni.

1st time melawat burgerak rasa macam masuk pintu suka hati doremon. Suasana dengan orang ramai dekat kedai ni buat aku pening memang tak tahu nak mula dari mana, masuk tanya mana seat and duduk.Burgerak dengan cafe ala-ala hipster di kuantan ni tak jauh beza pun dari segi set kerusi and hiasan.Tapi ada satu sebab yang aku rasa kedai ni lain dari yang lain iaitu SERVIS diorang memang tip top ! layanan hotel 5 bintang di meja buat aku rasa syiok sangat meloncat cacing2 dalam perut dengar.


KAMI "belek-belek menu lepas tu stress tak tahu nak makan apa"

STAFF BURGERAK datang  duduk di seat kosong depan kami tanya "1st datang sini ya" kami angguk secara berjemaah "ok saya akan terangkan menu yang ada sini



So bermulalah pengembaraan ke planet burgerak,dari situ korang memang rasa nak cuba semua menu yang ada di burgerak sampai merecik air liur.Kami order semua menu yang hot selling dekat sini selepas di rekemenkan oleh  staff yang awesome.Kalau jiwa kental memang boleh lepak sini hari-hari,harga makanan di sini tak murah sangat dan tak mahal sangat, apa aku boleh cakap berbaloi dengan tekak korang okbye.






 P/S : jarang jumpa staff yang awesome macam burgerak..kipidap guys



Thursday, August 20, 2015

KULA CAKES - KUANTAN



























Happy everycakes ! Tempat best untuk ketenangan perut dan mulut di KULA CAKES, lupakan cafe-cafe yang mahal hanya untuk memuaskan nafsu kek, kula cakes ada ! Kalau aku rasa nak berlemak kek kat sini lah tempatnya *aduhai bila nak kurus*

Hari ni lepak sini dengan geng office untuk meraikan hari lahir kakak cantik, semua mengelepur nak order kek sedap , aku menu biasa mango cheesecake tiada yang lain di hati mango jer. Kek yang lain sedap tapi belum dapat menambat usus perut aku untuk jatuh cinta.

Mango cheesecake + air pandan cooler menu yang memang KULA perlu cuba kalau datang kuantan, sedap memang tak ingat ada dekat dunia mana dah, kalau peminat kipas susah mati coklat sini lah tempat nya ! tapi tekak aku tak boleh nak telan sebab coklat cake dia gila tebal and kawkaw gilos.

Design cafe ni ala-ala hipster , sape yang bajet-bajet hipster boleh lah kesini..huhuhu aku bukan sebab usus aku ala-ala gelojoh jerrr.Tapi satu je lah kalau anda datang kat sini mesti tempat ni penuh sebab sekarang tempat ni dah fofuler sangat jadi aku sarankan korang tapau atau makan lah bersila dekat atas-atas batu je baru lah hipster.








P/S : part paling best kat sini waktu malam...gojesh orang putih cakap.





Sunday, August 16, 2015

ABOUT ESPRESSO & BREW BAR - KUANTAN







DARK CHOCOLATE
GREEN TEA ROSE LATTE
CAPPUCCINO

Yamcha dengan kawan lama baru balik dari taiwan di About Espresso & Brew Bar secara berhemah. Sebenarnya sebelum sampai di cafe ni kami asyik bergaduh dalam wechat nak lepak mana? nak lepak mana? bila jumpa dalam kereta pun bising asyik nak tanya nak lepak mana? last-last si amoi chantek cakap A8OUT so terus kesini, sebab dekat dengan rumah dia area seri kuantan.

Kafe ini sebaris dengan kedai-kedai lama seperti kedai gunting rambut , pets shop dan lain-lain.Dari luar kafe ni semua orang akan cakap nampak macam biasa jer, tapi masuk dalam gila ok ! sungguh handsome kafe ini dengan warna hitam putih dan pakej customer yang ramai *stress tiba-tiba* cafe ini punya susunan meja dia berbentuk L *fefeling coffee shop di paris* so kalau nak lepak ala-ala macam bar duduk dekat meja L boleh tenung barista sampai jatuh pengsan atau boleh pilih meja couple atau family. Kami pilih meja untuk enam orang sedangkan yang lepak 3 orang je boleh? gedik sangat ni.

Decoration dalam cafe ini comel sangat dan harga kopi di sini sangat ekonomi berbaloi la kalau nak chit chat sampai tercekik cawan, dalam cafe ni korang takkan jumpe bau ayam goreng hanya kopi jerrr. Aku order dark chocolate , ahmoi cantek order cappuccino dan si fatcat order greentea rose latte *yang ni sedap gilos* bau rose dia sangat wangi and foam latte sangat gebu, cappuccino tak perlu cakap sedap nak mati, dark chocolate dia 50-50 serious aku tak tahu kenapa aku pergi order menu ni, patut aku order espresso iced cube latte baru sedap, OK MENGIDAM.

The atmosphere here is perfect..suasana cafe ni best sebab music yang diorang mainkan fave aku tapi yang tak best customer dekat cafe ni semua bising alahai nak feeling ala-ala paris pun tak boleh #sentaptakhabis..staff dekat sini semua friendly and suka senyum , korang pulak akan rasa segan dengan diorang ahahahahah, habis mengopi kami semua pergi teluk cempedak makan ice-cream MCD dan berguling seperti seekor kerbau di tepi pantai.




P/S : Dessert dekat cafe ni nampak macam sedap tapi sayangnya nafsu serakah masa ni sedang puasa sunat..kkkk






Saturday, August 8, 2015

AKAR KOPI - KUANTAN






















Cafe hipster atau bahasa melayu nya kedai kopi "AKAR KOPI" sesuai sangat untuk kipas susah mati KOPI , dengar cerita kopi kedai ala-ala taman ni di import dari vietnam, so sempat lah ber teatime dengan officemates lepas office hour hari tu ,  memang menarik kedai ala hutan belantara ni banyak makanan sampingan seperti mee hoon, nasi lemak, roti kaya bakar.Tapi satu je kalau korang bukan peminat kopi mesti cakap kopi dekat sini tak sedap, pahit tak boleh minum tapi kalau tanya peminat kopi macam aku memang juta-juta bintang atas langit tu aku bagi, kopi dia sedap tahap nak terjun klcc ok,

Part paling aku suka kedai ni set tempat duduk dia ! cun gila woii ! nak satu set letak kat rumah. Kedai kopi ni ala-ala macam dekat depan rumah, duduk bawah pokok makan karipap panas dengan secawan kopi sambil tengok pokok + tanah + daun kahkahkah. Kalau yang bajet-bajet hipster mesti suka tempat ni *aku budak suka main kad pokemon je..beb..hipster2 jadah ni tak main..okbye*






P/S : Kopi dekat sini kaw giler tak boleh tidur sampai pagi  T_T  lulusss bro !