Monday, January 2, 2017

DUA PULUH SATU TUJUH


Sesaat selepas 2017 alhamdulilah aku ialah masih berlemak seperti biasa? masih lagi seorang anak dara yang tidak kesepian tanpa jodoh menusuk kalbu, dan paling gila aku juga masih malas lipat kain baju seperti biasa ! kain baju aku berbakul-bakul macam gunung berapi tepi dinding bilik tapi itulah selamber je aku baring atas katil sambil makan gummy bear.


Cakap pasal gummy beruang dan gummy cacing ini lah dia makanan tahun baru aku yang dibeli special dari Candylicious USS Singapura satu minggu sebelum tahun baru muncul ,*adik beruang punya idea* banyak jenis siap ada ular ! perghh memang tak beli la aku. Mahal harga 400g woi ! ciput macam ini pun dah sepuluh ringgit huhukhuk al-maklumlah tukaran wang malaysia tak berapa nak sihat hukhuk.



Kalau diikutkan dah bertahun lamanya aku menyambut tahun baru atas katil sambil makan bertemankan handphone dan lappy tercinta. Memang tahap kemalasan nak keluar dari bilik menebal kalah burger mcd jadi aku layan bunga api dum dam dim dum dari dalam bilik. Satu jam sebelum tahun baru gigih melayan vlive semata-mata nak sambut tahun baru dengan anak-anak ikan kesayangan uhukkkk ! al-maklumlah kami terpisah beza satu jam awal.


2017 tidak mengubah hidup aku jadi pemalas sampai taknak masak memasak tehehee gila kau bab makanan aku paling cepat pantas dan cemerlang. Alhamdulilah menu pembuka tahun baru aku ini memang mantap sampai menangis adik beruang makan hihik, ayam pedas korea tu memang pakai pes lada korea yang meletup tahap kepedasannya tapi aku suka dan mummy siap request masak lagi ahaks memang pedas tapi korang tak boleh berenti makan. Next time aku share resepi huhu.

Ayam pedas korea versi perempuan sihir
Kubis goreng kicap abc
Celur bendi dan timun 
Ikan Aya kukus goreng
Singgang ikan aya






Bab ayam korea tu menjadi rajin nak memasak sebab sehari sebelum tahun baru ofis aku buat party makan-makan tahap mengemukkan diri sampai 5kg terus, bayangkan pizza hut dengan kfc anak bos order selepas itu diorang order lagi makanan korea dan kek secret resepi aaah lemak sokmolah aku ni. Jadi adik beruang pun bisinglah nak makan jugak walaupun aku dah belanja dia makan myeongdong toppoki lepas balik dari singapura hurm.



Tahun baru asyik cakap pasal makanan je aku ni *letih menaip sebab lapar* , Tahun 2017 ini azam nak kurus tu memang dah tertanam jauh dalam lelemak tepu aku. Jadinya kita tukar jadi tahun untuk bergebu gebas cantik sampai jadi macam bae irene. Nak cantik biasalah korban duit bulanan petrol untuk skuter ahahahahahhaah beli NH colla-plus advance 16 botol percuma 4 botol boleh makan sampai dua bulan. Tunggu aku gebu sesangat baru boleh kongsi pengalaman gitu-gitu, inipun baca review orang tu yang galoks sangat nak beli uhuuu.





Penutup untuk entry di tahun yang baru dan hari serba baru ini ialah *dah start malas nak menaip ayam kfc memanggil* gambar anak-anak saudara kesayangan aku yang kacak lagi debab ! Oleh kerana satu hari bulan baru pergi shopping kasut sekolah adik beruang jadi selepas siap semua kami terus pergi rumah kakak aku sebab rindu diorang sesangat. Nak tunggu anak aku sendiri mereputlah mak dengan ayah aku tu ! ini jelah cucu si intan payung berlian permata emas untuk di belai-belai.

















P/S : Seronok tengok orang sambut tahun baru dengan suami dan anak-anak tapi itulah timun laut masih tak dapat signal dari aku sosobsobbb.